USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MARI SERTAI SESI BERSAMA TKPPA JPA: AKAN SAMPAIKAN SYARAHAN KEPIMPINAN

USM PULAU PINANG, 2 September 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Transformasi Insan (PTI) akan menganjurkan Siri Syarahan Kepimpinan USM pada 8 September 2021. 

Menurut PTI selaku penganjur, program ini merupakan satu sesi perkongsian kepakaran dan ilmu pengetahuan oleh tokoh yang berpengalaman luas dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran di Malaysia. 

“Secara umumnya objektif program ini adalah untuk memperkasakan agenda pembangunan bakat staf berprestasi tinggi berteraskan kepada kompetensi teras USM,” tambah mereka.

PTI berbesar hati menjemput semua yang berminat untuk menyertai Siri Syarahan Kepimpinan 1/2021 yang akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Hj. Suhaime bin Mahbar.

WhatsApp_Image_2021-09-03_at_14.14.45.jpeg

Tajuk program ialah 'Leadership and Ethics in Driving Transformation', dijadualkan bermula pada jam 9.45 pagi sehingga 12.00 tengah hari melalui pautan Webex Live: https://bit.ly/KEPIMPINAN2021 dan Pautan Facebook Live PTI: https://www.facebook.com/ptiusm

Mata CPD akan diberikan kepada warga USM yang hadir ke program ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Cik Nadzira Md Naziar di talian 012-5810159 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Encik Mohamad Hafiz Mohamad Nazeri di talian 017-451 8184 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

PTI bervisikan untuk Melestari Bakat Berprestasi Tinggi dan bermisikan untuk melaksanakan program-program makmal strategik dan latihan yang berterusan untuk memperkasa bakat sebagai suri teladan yang berupaya memenuhi keperluan pelan penggantian dan mentransformasikan pentadbiran universiti yang menyeluruh mengikut keperluan kompetensi, merentasi skim dan gred.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 804

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024