USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERTEMAKAN ‘WARGA RABBANI, UNIVERSITI DIBERKATI’, USM SAMBUT MAAL HIJRAH SECARA NORMA BAHARU

USM PULAU PINANG, 1 September 2021 -- Walaupun masih berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan wabak COVID-19, ia tidak menjadi halangan buat Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1443H secara dalam talian dengan kepatuhan SOP yang amat ketat.

Mengangkat tema ‘Warga Rabbani, Universiti Diberkati’, sambutan tahun ini berlainan dari kebiasaan kerana diadakan mengikut norma baharu iaitu secara dalam talian menerusi Webex dan Facebook Live.

WhatsApp_Image_2021-08-23_at_15.53.28.jpeg

Slot-slot pengisian menarik disajikan buat tatapan umum di antaranya ceramah khas sempena sambutan Maal Hijrah oleh personaliti dakwah terkenal iaitu Ustaz Abdullah Khairi Haron dan penampilan istimewa Shuib Sepahtu.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mengucapkan syabas dan tahniah terutama kepada penerima-penerima anugerah serta seluruh jawatankuasa yang menjayakan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

“Saya berdoa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan sambutan ini sedikit sebanyak dapat terus dihayati dan disemarakkan oleh umat Islam di negara ini, walaupun kita semua masih berjuang untuk menamatkan pandemik COVID-19,” katanya pada ucapan perasmian Sambutan Maal Hijrah 1443H peringkat USM anjuran Pusat Islam USM pagi ini.

“Tema yang diangkat pada tahun ini juga mendokong tema Hari Kebangsaan dan disesuaikan di peringkat universiti, dengan menjadikan universiti sebagai sebuah institusi yang bertunjangkan barakah dalam melahirkan warga rabbani,” katanya.

Beliau juga menyeru supaya warga USM mengambil semangat dari peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dalam mengukuhkan semangat ukhuwah yang ada untuk meneruskan usaha memajukan USM.

IMG 07231

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Khas Pusat Islam, Anugerah Khas Frontliner (Pemandu Van COVID-19), Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah 1442H dan seterusnya anugerah tertinggi iaitu Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1443H kepada Profesor Dato’ Paduka Dr. Mafauzy Mohamed, Mantan Pengarah Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian, Kelantan.

Penganugerahan tersebut membolehkan Mafauzy membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, trofi, seutas jam tangan dan sijil penghargaan.

IMG 0633

IMG 0645 1

Turut diadakan simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan B40 oleh Kuwait Finance dan sumbangan tablet dari Safi’s Solution.

IMG 0744 2

Hadir sama pada majlis ialah Pengarah Pusat Islam USM, Mohammad Shukri Osman; Pengarah Urusan Safi’s Solutions Sdn. Bhd., Mohd Fadzil Ali; Head Retail Business, Kuwait Finance House, Mexdelina Hussein; dan Timbalan Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari USM, Rafizal Abd Rahim.

Berikut ialah senarai penerima Anugerah Kecemerlangan dan Khas Maal Hijrah Pusat Islam.

ANUGERAH KECEMERLANGAN MAAL HIJRAH 1442H

Kampus Induk  Dr. Normala Abdul Wahid - Pengarah Pusat Sejahtera USM

Kampus Kejuruteraan  Encik Mazlifendirizan Md Rejab - Penyelaras, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi Kampus Kejuruteraan

Kampus Kesihatan  Dr. Nur Suhaila Binti Idris - Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)  Dr. Noor Khairiah Binti A.Karim - Timbalan Pengarah, Klinikal Kelestrarian dan Piawaian, IPPT

 IMG 0757

ANUGERAH KECEMERLANGAN KHAS PUSAT ISLAM

Kampus Induk  

  1. Encik Abdul Razak Sayed
  2. Encik Abdullah Zulkepeli
  3. Encik Ebrahim Abdul Manan
  4. Puan Jumizah Samsudin

Kampus Kejuruteraan

  1. Encik Abdul Hafiz Abdul Hamid
  2. Encik Muhamad Asri Awang Kechik
  3. Puan Hasliza Mat Saad

Kampus Kesihatan

  1. Encik Mohammad Khairuddin Jailani
  2. Puan Che Hanidaidayu Che Abdul Ghani
  3. Prof. Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed

Kampus IPPT  

  1. Encik Zulzamri Abdul Manap
  2. Puan Jazlia Bolia

ANUGERAH KHAS FRONTLINER COVID-19 (PEMANDU PESAKIT COVID-19)

Kampus Induk

  1. Encik Ahmad Faisal bin Mohd Yosop
  2. Encik Mahzan bin Ismail
  3. Encik Muhammad Rizwan bin Abd Rahman

Kampus Kejuruteraan

  1. Encik Mohd Hafizul bin Musa
  2. Encik Fairul Shafiq bin Ibrahim
  3. Encik Muhamad Fadhli bin Musa

Kampus Kesihatan

  1. Encik Faizul bin Mamat
  2. Encik Mohamad Nordin bin Ahmad
  3. Encik Muhammad Abul Ullia bin Mohd Saupi

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 765

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024