USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TINJAU SISTEM KAWALAN KAMERA DI JABATAN KESELAMATAN

usmgard1

PULAU PINANG, 12 Jun 2013 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman hari ini melawat Jabatan Keselamatan USM dan meninjau dengan lebih dekat pelaksanaan sistem kawalan kamera berpusat di jabatan tersebut.

“Saya berharap sistem ini dapat membantu memperkukuhkan keselamatan kampus dari semua aspek dan berharap dapat mengelak berlaku perkara yang tidak diingini di dalam kampus.

“Antaranya penggunaan kamera mudah alih dan pemantauan berpusat dan bersepadu serta tindakan segera dalam menyelesaikan masalah,” kata Omar pada sesi pertemuan dengan semua staf jabatan tersebut.

“Dengan cara ini, pemantauan keselamatan dapat dilakukan tanpa tertumpu pada satu kawasan. Malah pada sepanjang masa pemantauan boleh dilakukan di mana jua yang perlu secara berterusan untuk mendapatkan bahan bukti,” tambah Omar.

usmgard2

Naib Canselor juga menyarankan supaya kecekapan pengendalian teknologi dalam membantu menyelesaikan masalah dan keperluan bilangan tenaga kerja yang optimum tanpa menjejaskan dan mengenepikan mereka yang sedia ada.

Omar sebelum itu menerima tabik hormat daripada semua barisan staf di Jabatan Keselamatan. -- Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1617

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024