USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM UCAP TAHNIAH DS ISMAIL SABRI YAAKOB DILANTIK PERDANA MENTERI KE-9

USM PULAU PINANG, 20 Ogos 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diperkenankan pelantikannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

WhatsApp_Image_2021-08-20_at_20.35.26.jpg

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, USM juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengemudi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-8 yang telah meletakkan jawatan pada awal minggu ini.

USM turut berharap dengan pelantikan ini, negara Malaysia akan terus aman dan makmur serta dapat meneruskan agenda memerangi pandemik COVID-19 selain memperkasakan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

“Kami di USM juga percaya dengan barisan Kabinet yang bakal dibentuk, ianya akan memberikan kesan positif dalam pembangunan negara, sekaligus dapat memberi fokus kepada membantu rakyat yang memerlukan,” kata Faisal Rafiq.

Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob lahir pada 18 Januari 1960 merupakan seorang ahli politik Malaysia yang menjadi ahli Parlimen Bera dari parti UMNO dan merupakan Naib Presiden UMNO.

Antara jawatan-jawatan utama yang pernah beliau sandang:

  • 2008 – Menteri Belia dan Sukan
  • 2009 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 2013 – Menteri Pertanian dan Asas Tani
  • 2015 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • 2020 – Menteri Pertahanan
  • 7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri
  • 20 Ogos 2021 – Perdana Menteri

lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Poster: Ebrahim Abdul Manan  

  • Created on .
  • Hits: 824

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024