USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GHEF 2021 PLATFORM DISKUSI ISU-ISU PENDIDIKAN TINGGI DALAM ERA DISRUPTIF

USM PULAU PINANG, 13 Ogos 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) melalui sekretariatnya, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) akan menganjurkan 7th Global Higher Education Forum 2021 (GHEF 2021) Disruptive Era: Higher Education at The Crossroads’ pada 16 -17 Ogos 2021 secara dalam talian.

WEBSITE_BANNER_ACADEMIC_CONFERENCE_2.png

Menurut sekretariat GHEF, ia merupakan forum pengenalan anjuran secara kolaboratif antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan USM bersama-sama dengan rakan kolaborasi tempatan dan antarabangsa. 

Buat pertama kalinya, GHEF kali ini akan diadakan secara maya dan semua sesi akan bermula pada waktu Malaysia (MYT), UTC +8. Pendaftaran boleh dilakukan secara percuma melalui: https://www.surveymonkey.com/r/gheforum 

“Edisi GHEF kali ini akan menampilkan Profesor Dato’ Dr. Rajah Rasiah (Profesor Ekonomi, Asia Europe Institute, Universiti Malaya), Profesor Emeritus Geoffrey Scott (Profesor Emeritus Pendidikan Tinggi dan Kelestarian, Western Sydney University, Australia) dan Dr. Yuko Harayama (Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Antarabangsadi RIKEN, Japan) sebagai penceramah utama,” jelasnya. 

Tambah sekretariat, ketiga-tiga penceramah utama ini bersama-sama 12 penceramah terkemuka daripada seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan memberikan buah fikiran dalam wacana untuk memahami isu-isu pendidikan tinggi di Era Disruptif ini.

“Seperti yang umum sedia maklum, Era Disruptif ini akan mengubah cara golongan pembuat dasar, pemikir dan pengamal pendidikan tinggi berfikir dan bertindak pada masa sekarang dalam merealisasikan pencapaian Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), terutamanya Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti pada masa hadapan.”  

“Di antara tema-tema utama yang akan dibahas termasuk bakat dan tenaga kerja di masa akan datang, pendidikan digital, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), dan keusahawanan,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://gheforum.usm.my. 

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 550

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024