USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ICOSEMT 2021 DAN INODEX 2021 KUPAS KREATIVITI DAN INOVASI TEKNOLOGI BAHAN, SEMIKONDUKTOR DAN SAINS

USM PULAU PINANG, 9 Ogos 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR) akan menganjurkan satu persidangan dan ekspo inovasi bertaraf antarabangsa bertajuk 2nd International Conference on Semiconductor Materials and Technology (ICoSeMT 2021) & International Invention, Innovation and Design Expo (INoDEx 2021) pada 8 - 9 November 2021 secara dalam talian.

178084525_832138880987698_7394596747785951219_n.jpg

Turut bersama dalam penganjuran ini adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang; Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST); Industrial Centre of Innovation in Smart Manufacturing (ICI SM); dan Sirim Industrial Research (SIRIM IR), SIRIM Berhad.

Menurut Sekretariat persidangan, Persidangan ICoSeMT 2021 ini bertujuan untuk menyediakan platform yang luas kepada pelajar, ahli akademik, golongan profesional, penyelidik dan para sarjana dari dalam dan luar negara untuk berkongsi ilmu dan dapatan terkini serta pengalaman dalam bidang bahan, teknologi semikonduktor dan sains.

“Pada tahun ini, untuk pertama kalinya ekspo inovasi INoDEx 2021 akan dianjurkan sebagai subacara bagi ICoSeMT 2021,” tambahnya.

Ekspo INoDEx 2021 ini bertujuan menggalakkan aktiviti inovasi bermula dari peringkat sekolah hingga ke peringkat industri dan kedua-dua acara ini amat bermanfaat dalam memperkukuhkan nilai-nilai budaya kreatif dan inovatif di seluruh lapisan masyarakat. 

Pihak sekretariat ingin menjemput semua yang berkaitan untuk menyertai ICoSeMT 2021 & INoDEx 2021 sebagai peserta dan menyampaikan maklumat ini kepada mereka yang berminat.

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang: https://icosemt.usm.my .

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • ICoSeMT 2021 -- Dr. Mohd. Syamsul Nasyriq Samsol Baharin 04-6535658, Dr. Lim Way Foong 04-6535654 ataupun emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • INoDEx 2021 -- Ts. Dr. Mohd Zaki Mohd Yusoff 04-3822586, Dr. Ainorkhilah Mahmood 04-3823323  ataupun emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

INOR dianggap sebagai salah satu makmal penyelidikan yang paling moden dan inovatif mengenai optoelektronik dan nanoteknologi bertempat di sains@usm Bukit Jambul yang mempunyai pelbagai peralatan dan kemudahan untuk pertumbuhan, pembuatan dan pencirian alat optoelektronik dan elektronik di skala nano.

Struktur fizikal dan pembinaan makmal baru dianggarkan bernilai RM3 juta (USD 0.7 juta); peralatan dan kemudahannya berharga RM15 juta lagi (USD 3.5 juta) dan keluasan lantai lebih kurang 300 m2.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 511

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024