USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SAMBUT AWAL MUHARRAM DENGAN KETENANGAN DAN KESABARAN

USM PULAU PINANG, 9 Ogos 2021 -- Kekal tenang dan bersabar. Setiap yang berlaku pasti tersimpan hikmah dan walaupun pandemik COVID-19 ini masih belum reda, kita perlulah bersyukur kerana sebaik-baik manusia, nikmat dan peluang yang diperolehi ini perlu diguna dengan baik.

Demikian penekanan yang diberikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan ketika menyampaikan amanat khas di Majlis Santapan Rohani Awal Muharram 1443H/2021M secara dalam talian melalui siaran langsung di laman media sosial Facebook Pusat Islam USM.

WhatsApp_Image_2021-08-09_at_20.55.21.jpg

Menurut Faisal Rafiq, USM masih dilindungi dan mampu mengawal hingga kini kelangsungannya melalui usaha dan doa oleh semua.

"USM optimis akan berjaya dalam akademik dan sasaran lain yang berkaitan dalam masa hadapan dan mengambil contoh peristiwa hijrah yang hebat ketika zaman Rasullullah, Insyaallah USM juga boleh menggunakan pendekatan ini untuk terus maju kehadapan," tegasnya.

Tambahnya, kejayaan pasti diperoleh jika seluruh warga USM bersatu hati dan bekerja secara berpasukan, dan hikmahnya pasti akan terbukti akhirnya jika setiap warga USM berazam untuk terus memperbaiki diri tanpa rasa jemu.

Selain itu, Faisal Rafiq juga menekankan bahawa pertemuan secara dalam talian dalam keadaan normal baharu ini juga mampu mengukhwahkan semua warga USM untuk berprogram dan bersosial.

Majlis dengan tajuk pengisian ‘Semangat Hijrah, Menghadapi Cabaran Pandemik COVID-19’ turut diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Bin Rosli (PU Faiz) yang berfokus kepada ujian-ujian ketika zaman dahulu, kegemilangan umat Islam dan Rasullullah dalam membangunkan sebuah negara, yang dipemudahcarakan oleh Ustaz Muhammad Yazid Mat Johari.

WhatsApp_Image_2021-08-09_at_15.08.50.jpg

Bacaan yassin dan doa akhir tahun untuk majlis ini dipimpin oleh imam besar Masjid Al-Malik Khalid USM, Ustaz Zayd Zhari.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 394

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024