USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-JBPM METERAI MoU, TAWAR IJAZAH SARJANA SAINS KEJURUTERAAN KESELAMATAN KEBAKARAN PERTAMA DI MALAYSIA

NIBONG TEBAL, 30 Julai 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi universiti pertama di Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Keselamatan Kebakaran [Master of Science (Fire Safety Engineering)] melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

WhatsApp_Image_2021-08-07_at_14.42.13.jpeg

Malah, menurut Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, program tersebut juga telah mula ditawarkan kepada umum secara mod campuran pada Sidang Akademik 2020/2021 lagi.

WhatsApp_Image_2021-08-07_at_14.42.14.jpeg

Faisal Rafiq dalam ucapannya turut menghargai komitmen serta kepercayaan berterusan selama enam tahun daripada pihak JBPM dalam memastikan kerjasama ini terlaksana dan seterusnya menyatukan kepakaran antara kedua-dua buah organisasi.

Selain itu, beliau turut yakin MoU ini bukan sahaja akan mengukuhkan kerjasama yang lebih efektif dalam bidang akademik serta penyelidikan malah ianya akan mewujudkan lebih banyak peluang yang akan memberi manfaat kepada semua pihak serta masyarakat secara menyeluruh.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Hj Wahid, kerjasama ini merupakan satu inisiatif JBPM untuk melahirkan individu kompeten di dalam sektor kebombaan agar bidang keselamatan kebakaran sentiasa berkualiti tinggi dan profesional.

Malah ianya adalah medium analisis terbaik akan isu-isu teknikal JBPM dan peraturan kebombaan yang seterusnya melibatkan preskriptif kod melalui kajian data mahupun fakta saintifik berdasarkan kepada kepakaran kejuruteraan kebombaan,” katanya.

Hamdan turut menyatakan kesediaan JBPM untuk terus komited dalam membantu serta bekerjasama dengan USM melalui aspek-aspek penyediaan sumber, infrastruktur dan tenaga pengajar untuk program yang ditawarkan itu.

Diadakan secara dalam talian, MoU ini turut menyaksikan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Dato' Abdul Wahab Mat Yassin; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Edwin Galan Teruki; dan Pengarah Bahagian Latihan, Abdul Razak Muda dari JBPM serta Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Ir. Dr. Taksiah A.Majid dari USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 865

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024