USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RAKAM FOTO KREATIF KEMERDEKAAN KE-64 UNTUK MENANG HADIAH LUMAYAN

USM PULAU PINANG, 5 Ogos 2021 -- Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM) terus menyemarak bulan kemerdekaan negara tatkala kita masih berjuang menentang penularan pandemik COVID-19 dengan menganjurkan Pertandingan Fotografi Kreatif Semangat Kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 tahun.

WhatsApp_Image_2021-08-05_at_14.10.09.jpeg

Foto kreatif boleh dirakam sama ada menggunakan kamera DSLR atau kamera telefon bimbit ataupun tablet bertemakan “Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 Tahun”.

Foto tersebut mestilah beresolusi tinggi (300dpi) dengan saiz foto yang tidak melebihi 5MB. Foto penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian.

Demikian antara kriteria-kriteria menurut Pegawai Kebudayaan, Pusat Pengajian Seni, Shamsul Bahri Mat Said, untuk pertandingan terbuka ini disertai semua warga Malaysia. Tarikh penyertaan bermula 1 Ogos dan berakhir pada 1 September 2021.

“Pendaftaran dan penghantaran projek serta syarat-syarat pertandingan, mohon rujuk poster seperti lampiran dan imbas QR code yang tertera. Maklumat lanjut penyertaan, sila layari: https://bit.ly/FotografiKreatifMerdeka64,” ujarnya.

Shamsul mengajak semua warga USM dan umum untuk sertai dan rebut peluang ini kerana hadiah yang menarik dan lumayan untuk dimenangi beserta sijil penyertaan.

Yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM30 untuk setiap penyertaan manakala hadiah tempat pertama bernilai RM500 beserta sijil, kedua RM300 beserta sijil dan ketiga RM200 beserta sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Shamsul (019-4756929) ataupun Shahril Effendi Shahardin (013-3440136)

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 944

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024