USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HBPJP 2021 DEKATI STAF, PELAJAR, BAKAL PELAJAR DAN PESARA - ORGANISASI DAN PELANGGAN BERPISAH TIADA

Diadakan sepenuhnya secara dalam talian selaras dengan norma baharu kerja. Memuatkan 27 program dalam satu hari, khas untuk staf, pelajar, bakal pelajar, pesara USM dan umum yang berminat.

USM PULAU PINANG, 5 Ogos 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menganjurkan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pendaftar 2021 (HBPJB 2021) yang diadakan buat julung kali sepenuhnya secara dalam talian.

WhatsApp_Image_2021-08-05_at_10.15.16.jpeg

Demikian ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang memberikan ucapan perasmian untuk program ini yang diadakan secara dalam talian selaras dengan norma baharu kerja dan usaha pihak universiti membantu memangkin inisiatif kerajaan ke arah mengubah Malaysia menjadi negara yang berpacukan digital.

USM_6894.jpg

“Syabas dan tahniah kepada Pendaftar dan semua sekretariat yang bertekad dan berusaha keras dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat signifikan sebagai salah satu usaha untuk berhubung dan mendekati pelanggan bagi menyampaikan maklumat-maklumat serta mendapatkan maklumbalas dan cadangan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan USM khususnya Jabatan Pendaftar,” jelasnya.

Tambahnya, pelbagai program telah dirancang dengan teliti untuk membolehkan semua mendapat maklumat dan informasi yang tepat berkaitan program pengajian yang ditawarkan, tempoh pengajian, pengambilan dan kerjaya staf, kebajikan staf dan pesara USM.

“Selain itu, ia juga suatu medan yang amat baik untuk kita menyuarakan atau mengemukakan sebarang pertanyaan dan pendapat berhubung perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftar secara langsung,” katanya lagi.

Faisal Rafiq juga menyeru dan mengajak semua staf USM, pesara USM, pelajar USM dan bakal pelajar serta ibubapa untuk bertemu pegawai Jabatan Pendaftar bagi sama-sama mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan informasi berkaitan agar semua dapat memacukan diri kita dalam memberi perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan USM.

Sementara itu, Pendaftar USM, Dr. Musa Haji Ali pula berkata, pelanggan merupakan perkara penting bagi sesebuah organisasi, tanpa pelanggan, organisasi itu tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan sebaliknya perkaitan antara dua entiti ini telah merealisasikan program hari ini.

WhatsApp_Image_2021-08-05_at_10.09.29.jpg

“Seperti kita ketahui, seorang staf yang berkhidmat di USM dan sehingga beliau pencen atau tamat perkhidmatan, semuanya akan diselaraskan oleh Jabatan Pendaftar dan bagi pelajar pula, ketika kemasukan ke USM sehingga bergraduan, semuanya diselaraskan oleh USM juga dan untuk pesara jua, Jabatan Pemdaftar sentiasa membantu golongan ini,” jelasnya ketika memberikan ucapan alu-aluan.

Musa juga memberitahu kepada semua untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, cadangan serta maklumbalas berhubung perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftar secara langsung melalui pautan (https://bit.ly/epeticadangan) dan memohon maklum balas kaji selidik melalui emel yang telah dihantar kepada semua Ketua Jabatan untuk dimajukan kepada pelajar/graduan mengenai penganjuran Upacara Konvokesyen ke-58 USM.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf USM untuk menyuarakan/mengemukakan pertanyaan, cadangan serta maklum balas berhubung perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftar secara langsung, selain menjadi langkah bagi mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej USM.

Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk menjadikan maklum balas pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian perkhidmatan; serta memberi pemahaman berhubung pematuhan terhadap prosedur/SOP/Pekeliling semasa yang terkini.

HBPJP 2021 turut menampilkan tetamu istimewa secara maya iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Saudara Syamsul Debat yang memberi ceramah mereka masing-masing.

Sebanyak 27 program telah direncanakan sepanjang program satu hari ini untuk staf, pelajar, bakal pelajar, pesara dan umum yang berminat.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 501

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024