USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR TAHUN 1 PPIP USM TERBIT E-BOOK KANAK-KANAK DI PLATFORM INDIE@USM

USM PULAU PINANG, 3 Ogos 2021 -- Pelajar tahun 1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) membanggakan komuniti USM apabila berjaya menghasilkan E-Book kanak-kanak 'The Caterpillar's Tale' yang dijual di Indie@USM.

WhatsApp_Image_2021-08-04_at_07.20.20.jpegAngela Kong Earn May yang dibimbing oleh pensyarahnya, Dr. Rohaya Abdullah daripada PPIP dan ahli-ahli Persatuan Penulis Bahasa Inggeris (English Writing Club), juga telah menghasilkan dua buah buku di Indie@USM.

Dalam webinar yang berlangsung kelmarin secara dalam talian, Dr. Rohaya dan Angela Kong berkongsi cara-cara menghasilkan e-book kanak-kanak untuk pemula melalui tajuk programnya "IMAGINASI DALAM PENCIPTAAN CERITA KANAK-KANAK".

Mengikut sinopsis program ini, pendedahan kepada bahan-bahan bacaan yang baik mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Cerita kanak-kanak, di samping menyampaikan tauladan, dapat melatih kemahiran asas kanak-kanak untuk mendengar, berfikir dan bertindak.

Daya imaginasi dan kreatif yang tinggi diperlukan bagi menghasilkan sebuah bacaan kanak-kanak yang menarik dan pada zaman penerbitan digital ini, sesiapa sahaja boleh menghasilkan buku kanak-kanak berilustrasi jika mereka berkemahuan.

Dalam pada itu, Angela mampu membuktikan bahawa semangat HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking) yang diterapkan kepada pelajar USM telah berjaya dihayatinya untuk penghasilan karya-karya ini.

Bagi Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) USM, Profesor Dr. Abd Karim Alias yang mengetuai PTJ yang bertanggungjawab mewujudkan platform ini, beliau akan terus membudayakan ilmu dan penerbitan E-Book sebagai salah satu platform baharu kepada warga kampus untuk mencungkil bakat dan kebolehan dalam penghasilan karya.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi melalui: Platform E-Book Indie@USM di http://indiework.usm.my .

Pelancaran platform swa-penerbitan (self-publishing) E-Book baru-baru ini hasil daripada inisiatif CDAE USM telah membuka lembaran baru untuk warganya berkarya di dalam talian.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 588

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024