USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CGSS ANJUR HARI TERBUKA DALAM TALIAN - KURSUS PASCASISWAZAH MSDP

USM PULAU PINANG, 2 Ogos 2021 -- Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Master in Sustainable Development Practice (MSDP) Virtual Open Day pada 7 Ogos 2021 pada jam 10.00 pagi menerusi laman media sosial Facebook dan Youtube CGSS.

Paling mencuri tumpuan ialah sesi ini akan menampilkan moderator yang merupakan penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-raja Malaysia kategori pelajar bumiputera pada Upacara Konvokesyen ke-57 USM, Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Bin Suhardi dan juga penampilan tetamu khas personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang juga merupakan alumni USM.

WhatsApp_Image_2021-08-02_at_22.46.45.jpeg

Menurut Pengarah CGSS, Profesor Madya Dr. Saidatulakmal Mohd, program ini dilaksanakan untuk mempromosi dan memperkenalkan CGSS kepada semua peringkat terutamanya bakal pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kelestarian di USM.

“Selain itu, ia juga menjadi satu platform untuk memberi penerangan dan pengetahuan lebih lanjut mengenai program MSDP serta memberi peluang kepada masyarakat luar untuk menyertai program ini dan berinteraksi secara langsung dengan pensyarah CGSS dan wakil Institut Pengajian Siswazah (IPS).

“Diharapkan melalui sesi interaksi seumpama ini, masyarakat luar akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang maklumat kursus dan syarat-syarat kemasukan ke program MSDP serta boleh memohon terus secara dalam talian sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan,” jelasnya.

Beliau juga berharap sesi ini dapat membantu menambah bilangan pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian ke program MSDP ini selain dapat memperkenalkan CGSS kepada pihak luar.

Antara ciri menarik program pascasiswazah ini ialah ia bersifat antara disiplin (interdisciplinary graduate degree programme) melibatkan kesihatan, ‘natural’, sosial dan pengurusan; dua tahun kerja kursus; kelas hujung minggu untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa; dan sesuai untuk golongan profesional yang masih bekerja.

Bayaran pemprosesan sebanyak RM70 akan diketepikan kepada yang berminat untuk memohon. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

CGSS ditubuhkan pada tahun 2009 untuk mempromosikan pembangunan lestari dan menangani cabaran global melalui penyelidikan dan kerjasama antarabangsa.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 604

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024