USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM SUK NEGERI KEDAH

kwgn puat 

KEDAH, 5 Jun 2013 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman mengucapkan tahniah atas pelantikan alumni USM, Dato’ Wira Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang baharu berkuatkuasa 7 Jun ini menggantikan Datuk Rasli Basir yang bersara.

Omar mengalu-alukan pelantikan tersebut dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan tersebut.

“USM amat berbangga dengan pencapaian Mohd Puat dan mendoakan agar beliau terus cemerlang di samping memberikan sumbangan kepada negara.

“Pelantikan ini merupakan pengiktirafan kepada seorang lagi alumni dan mampu menjadi sumber inspirasi serta ikon kepada para mahasiswa dan mahasiswi USM,” kata Omar.

Mohd Puat memiliki Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) pada tahun 1978 dan juga Sijil Perancangan Projek dari Bradford University, United Kingdom pada tahun 1997.

Beliau mula menjawat jawatan Pegawai  Tadbir Negeri Kedah pada tahun 1978. Beliau juga pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negeri antaranya Penolong Pegawai Daerah, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (KerajaanTempatan), dan Pentadbir Tanah Daerah. Beliau juga diberi kepercayaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengetuai Kumpulan Pertukaran Kakitangan Awam Malaysia ke Korea Selatan.Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1832

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024