JOM SERTAI HARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN PENDAFTAR 2021 (HBPJP2021)
USM PULAU PINANG, 30 Julai 2021 – Hari Bersama Pelanggan 2021 anjuran Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) ini buat julung kalinya diadakan sepenuhnya secara dalam talian pada 5 Ogos 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini mensasarkan penglibatan daripada staf USM, pesara USM, pelajar USM dan juga bakal pelajar untuk bertemu pegawai Jabatan Pendaftar serta tetamu jemputan istimewa secara maya.
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menyuarakan/mengemukakan sebarang pertanyaan, cadangan serta maklum balas berhubung perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftar secara langsung.
Pihak Jabatan Pendaftar melalui Pendaftar USM, Dr. Musa Ali menyeru dan mengajak semua warga USM dan umum untuk menghadiri program ini bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan informasi berkaitan.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.
Pelbagai slot menarik bakal dijalankan semasa HBPJP2021 kelak yang turut menampilkan tetamu jemputan istimewa iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Syamsul Amri Bin Ismail @ Saudara Syamsul Debat.
Antara slot-slot lain yang direncanakan sepanjang program ini adalah Stress Saja, Tak Ada Hal La! Betul Ke? Mai Bincang Bersama Pakar Anda; Postgraduate Studies Journey at USM; Kaya Jiwa, Kaya Pekerti; USM Destinasiku; Pembelajaran Dalam Norma Baharu; Vaksin: Apa Yang Perlu Anda Tahu; Jom Sambung Belajar! Ketahui Kemudahan Cuti Belajar Pentadbiran; Pendigitalan Proses Kerja; Warga Cekap, Perkhidmatan Hebat, Institusi Gemerlap; AIA Group: Better Planning, Better Retirement Life; CUEPACS CARE: Program Takaful Penghospitalan; dan Hospital Pantai: Benefits of Corporate Rates to The Employees of USM.
Sila layari pautan hbpjp.usm.my (akan diaktifkan bermula 2 Ogos 2021) untuk mendapatkan butiran lanjut slot program yang dianjurkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook Pejabat Pendaftar USM dan juga Youtube Channel Jabatan Pendaftar secara serentak.
Khusus bagi staf USM, sila pastikan anda mempunyai aplikasi Passport USM di telefon pintar anda bagi tujuan pemberian mata CPD.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung program, sila hubungi sekretariat di talian 04-653 3151/2418 dan 017-523 5545.
JOM LAYARI https://hbpjp.usm.my
Semua dijemput hadir. Jumpa anda di sana!
#HBPJPUSM2021
- Created on .
- Hits: 1961