USM DI HATI RAKYAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 4 Jun 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) dianugerahkan sebagai universiti awam paling dipercayai rakyat Malaysia dalam anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2013 yang berlangsung di sini baru-baru ini. Majlis anugerah ini adalah yang ke-15 meraikan agensi dan syarikat-syarikat yang dapat menarik minat pengguna kepada sesuatu jenama.
USM diberikan anugerah Emas serta mengungguli kategori perkhidmatan (pendidikan) pilihan rakyat bagi kajian yang dijalankan oleh Reader’s Digest terhadap pengguna dalam negara dan di peringkat Asia.
Kajian ini dijalankan di tujuh pasaran seluruh Asia iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong, India, Filipina, Taiwan dan juga Thailand.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Prof. Dato’ Ahmad Shukri Mustapa Kamal hadir bagi menerima anugerah tersebut yang telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Tahniah kepada semua pengurusan tertinggi USM kerana mengekalkan anugerah ini sejak 2010.
- Created on .
- Hits: 2026