USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IBADAH QURBAN IPPT BERJALAN LANCAR DALAM SUASANA KESEDERHANAAN

BERTAM, 23 Julai 2021 - Hari Raya Aidiladha yang disambut umat Islam dua hari lalu banyak mengajar semua umat erti kehidupan dalam norma baharu yang banyak berubah akibat wabak pandemik COVID-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda pengakhirannya.

Demikian antara suasana yang dirasai semua yang menyambut perayaan ini tidak terkecuali Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) yang menganjurkan ibadah qurban dalam suasana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

WhatsApp_Image_2021-07-25_at_21.12.56_1.jpeg

Menurut Ahli Jawatankuasa Ibadah Qurban IPPT bagi tahun 2021, program yang berlangsung selama seharian ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang sederhana dan harmoni walaupun di dalam fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penganjuran ibadah qurban tahun ini unik dan bertuah buat warga IPPT kerana institut di bawah USM itu baru menerima Pengarah baharu, YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin yang mula bertugas pada 1 Julai 2021 yang lalu.

Ibadah qurban kali ini mengumpulkan sebanyak 6 ekor lembu yang dikorbankan dengan bantuan warga USM Kampus Induk dan masyarakat setempat.

Daging korban pula diagihkan kepada pelajar dan staf IPPT termasuk bukan warga yang layak menerima agihan.

WhatsApp_Image_2021-07-25_at_21.12.56.jpeg

Pada tahun ini, perlaksanaan ibadah qurban agak ketat disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan pengurangan petugas iaitu seramai 25 orang petugas sahaja yang dibenarkan berbanding 60 orang pada tahun sebelumnya.

Jabatan Agama Islam, Majlis Bandaran Seberang Perai dan Jabatan Veterinar telah menetapkan SOP yang jelas dan perlu dipatuhi sepanjang ibadah ini dilaksanakan dan memberi keputusan yang positif ketika lawatan pemeriksaan tahap pematuhan SOP di IPPT semasa ibadah ini sedang dijalankan.

WhatsApp_Image_2021-07-25_at_21.12.56_2.jpeg

Pengurusan Tertinggi IPPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan ibadah ini dalam suasana yang kian mencabar kini.

Teks asal: Ustaz Mohd Mohsin Bin Sirun/Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 709

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024