USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HIBURAN SANTAI BANTU KURANGKAN TEKANAN

USM PULAU PINANG, 22 Julai 2021 – Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) tampil memberikan persembahan secara santai, bertujuan untuk menenangkan minda penerima-penerima vaksin dan peneman di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) USM, di sini.

Alunan pelbagai genre muzik yang dimainkan oleh kakitangan Dewan Budaya dan alumni-alumni USM itu turut dipersembahkan bagi mencetuskan suasana santai di PPV USM yang setiap hari menerima kehadiran beratus-ratus penerima vaksin.

Pengarah Dewan Budaya USM, Ramnah Ramli berkata, kehadiran pasukan Dewan Budaya dengan disertai alumni Universiti di PPV USM adalah antara sumbangan yang dapat diberikan kepada menara ilmu ini dan komuniti secara amnya.

WhatsApp_Image_2021-07-22_at_11.36.17.jpeg

“Kita mungkin tidak dapat menyumbang dalam aspek perubatan namun kita mempunyai cara tersendiri untuk turut membantu.

"Dengan cara ini, kita berupaya mencetuskan suasana yang lebih rileks buat semua petugas dan penerima vaksin.

“Kita telah membuat susunan irama-irama yang sesuai untuk dimainkan dan seboleh-bolehnya cuba untuk membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kesihatan mental melalui alunan-alunan muzik yang sesuai,” ujar beliau.

WhatsApp_Image_2021-07-24_at_19.04.28.jpeg

Ramnah juga berkata, buat masa ini persembahan Dewan Budaya dijadualkan secara berkala selama dua kali seminggu dan bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa.

Dalam pada itu, rata-rata petugas dan komuniti luar di sekitar PPV USM dilihat terhibur dan menikmati suasana yang cuba dicetuskan khusus untuk pengalaman terbaik mereka mendapatkan vaksin di PPV USM.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 694

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024