USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERGERAKAN AWAL PELAJAR USM PULANG KE KAMPUNG LANCAR

USM PULAU PINANG, 22 Julai 2021 - Semua pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah diberi kebenaran untuk pulang ke kampung halaman mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan USM.

Demikian antara perasaan yang digambarkan oleh pelajar yang telah pulang ke kampung semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara ini walaupun negara masih dalam fasa memerangi penularan COVID-19.

Bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, perasaan syukur dilontarkan apabila segala urusan telah berjalan lancar dikelola sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPA) dan Persatuan Anak Negeri, dan pergerakan pelajar berjalan mengikut jadual dan fasa yang disifatkan lancar.

Pergerakan pelajar USM pulang ke kampung bermula pada 18 Julai 2021 dan akan berakhir pada 30 Ogos 2021 mengikut fasa dan lokasi penghantaran melibatkan pergerakan hampir 40 buah bas USM dan bas sewa dari utara hingga ke selatan tanahair.

WhatsApp_Image_2021-07-18_at_11.43.12.jpg

Terdahulu, KPT telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui lamannya bahawa pelajar institusi pengajian tinggi dibenarkan pulang sempena cuti semester 2020/2021.

Pelajar yang tamat pengajian atau berakhir semester yang berada di IPT dibenarkan pulang ke kampung halaman bermula 12 Julai 2021 kecuali pelajar yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga tamat tempoh PKPD di kawasan tersebut.

WhatsApp_Image_2021-07-18_at_11.43.12_1.jpeg

Kos pergerakan pelajar pulang ke kampung adalah dibawah tanggungan pelajar itu sendiri, dan pergerakan pulang hanya melibatkan 2 kaedah iaitu IPT membantu menguruskan pergerakan pelajar menggunakan bas IPT atau bas sewa ke lokaliti atau checkpoint di kawasan negeri tertentu; dan menggunakan kenderaan sendiri. Kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali penerbangan.

Surat kebenaran rentas daerah/negeri hanya menggunakan surat perlepasan perjalanan tujuan pulang sempena cuti semester yang disediakan oleh pihak IPT masing-masing kecuali kemasukan ke Sarawak dan Sabah yang memerlukan surat iringan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Maklumat lanjut mengenai perkara ini dan soalan lazim boleh dirujuk terus kepada laman sesawang KPT atau laman media sosial KPT.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 571

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024