USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM TERIMA DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGERI (D.M.P.N.)

USM PULAU PINANG, 22 Julai 2021 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dianugerahkan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) yang membawa gelaran Dato' sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-72 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

WhatsApp_Image_2021-07-22_at_14.13.23.jpeg

Faisal Rafiq, 46, berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 9 Julai 1975. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom pada tahun 1997 dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (MEngSc) di Universiti Malaya pada tahun 1999. Pada tahun 2007, beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran (Integrated Optical Devices) dari University of Southampton, United Kingdom.

Menurut Faisal Rafiq, beliau amat bersyukur dan berterima kasih buat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan ini.

"Terima kasih untuk penganugerahan ini dan kepada seluruh warga USM yang sentiasa menyokong saya sepanjang saya berkhidmat di universiti ini, saya ucapkan terima kasih. Saya akan terus memberikan yang terbaik untuk USM," katanya.

Faisal Rafiq dilantik sebagai Naib Canselor kelapan USM bagi tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 4 Oktober 2019 hingga 3 Oktober 2022.

Pelantikan Rafiq sebagai Naib Canselor USM adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian beliau semasa memegang jawatan pentadbiran utama iaitu, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya (UM) selama 6 tahun dan jawatan-jawatan sebelumnya sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 4063

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024