USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NERVE CENTRE AJAK WARGA USM JAGA DIRI SEMPENA AIDILADHA

USM PULAU PINANG, 20 Julai 2021 - Terus patuhi prosedur operasi standard(SOP) dan kekal berada di desasiswa atau rumah kediaman masing-masing sepanjang hari untuk sama-sama kita terus memerangi penularan pandemik COVID-19.

Demikian ujar Pengerusi Nerve Centre COVID-19 Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sivamurugan Pandian kepada semua pelajar di dalam kampus dan warga USM yang berada di luar kampus agar kita semua dapat bersama-sama menjadi agen untuk menyekat penularan pandemik ini.

WhatsApp_Image_2021-06-28_at_00.28.54.jpeg

“Sambutlah aidiladha bersama keluarga di dalam satu rumah yang sama dan juga bersama rakan sebilik di desasiswa anda semua, walaupun suasananya agak berlainan, namun pengorbanan ini akan memberi kita kemenangan di suatu hari kelak,”jelasnya yang juga merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.

Tambahnya, USM melalui Nerve Centre sentiasa memantau kesejahteraan semua warganya dalam suasana terkini pandemik COVID-19 dan menjadi pakar rujuk kepada kelulusan/kebenaran untuk sesuatu perkara dilaksanakan di USM yang melibatkan pembanterasan penularan COVID-19.

“Pihak Nerve Centre juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga USM dan meminta agar semua warga USM sentiasa berada dalam keadaan selamat walau dimana anda berada,” katanya lagi.

Pengoperasian Nerve Centre ditutup pada hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan akan bersambung semula operasinya keesokan harinya.

Sekiranya terdapat sebarang kecemasan pada hari ini, semua warga boleh menghubungi nombor kecemasan Jabatan Keselamatan di 04-6534333 atau merujuk kepada Penggawa/Penolong Penggawa Desasiswa masing-masing bagi pelajar.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah (wakil MPRC di Nerve Centre)

  • Created on .
  • Hits: 894

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024