PUSAT PENGAJIAN SENI ANJUR PERTANDINGAN DOODLE KEMERDEKAAN KE-64
USM PULAU PINANG, 19 Julai 2021 - Tatkala kita masih dalam kebimbangan berdepan pandemik COVID-19 yang masih berleluasa, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif menarik dengan menganjurkan Pertandingan Doodle Kebangsaan Ke-64, bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 buat kali pertama.
Menurut Pereka dan AJK Pertandingan, Farizzatul Syahnaz Mohd Mokhter, pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas.
“Saiz karya perlulah A4 dengan tema yang jelas berkaitan Hari Kebangsaan ke-64. Doodle perlu dihantar dalam format PDF atau JPG dengan resolusi 300dpi,” jelasnya.
Tambahnya, ciptaan perlulah asli dan tidak diplagiat dari mana-mana karya lain, dan hasil yang telah siap perlu dihantar ke emel:
Yuran pertandingan sebanyak RM35 akan dikenakan dan hadiah bagi pemenang tempat pertama adalah RM500, kedua RM300 dan ketiga RM200 manakala semua peserta akan menerima sijil penyertaan.
Pertandingan ini dianjurkan untuk memupuk rasa cinta akan negara dan menyemarakkan semangat patriotisme melalui aspek seni dan reka bentuk.
Objektif dan output akhir adalah untuk merayakan Hari Kebangsaan dan mempromosikan kreativiti, semangat dan imaginasi melalui bakat terpendam yang ada pada generasi muda.
Jadi marilah bersama-sama menyemarakkan bulan kebangsaan kali ini dengan menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Syahnaz (010-2209864) dan Gurvinderjit Singh (017-5392761).
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 996