USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM ANTARA KUNCI PEMBANGUNAN MENARA ILMU

USM PULAU PINANG, 18 Julai 2021 - Tarikh 18 Julai 2021 hari ini amat bermakna bagi para alumni institusi pengajian tinggi apabila ia diraikan sebagai Hari Alumni Universiti Awam.

WhatsApp_Image_2021-07-20_at_16.51.58.jpeg

Dengan tema pada tahun ini, Alumni Universiti Awam dalam Kebersamaan, ianya telah menjadi satu platform untuk 20 universiti awam di Malaysia untuk menyemarakkan semangat kebersamaan antara satu sama lain dari perspektif alumni.

Sambutan ini diraikan sempena tarikh kelulusan penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam oleh Mesyuarat Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor HEPA Bil 2/2020 yang berlangsung di Universiti Malaya tahun lalu.

Bagi Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni USM, Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal, sumbangan dan sokongan semua pihak dalam entiti ini amatlah penting kerana kejayaan hasil daripada perancangan dan pembangunan teliti entiti ini akan mewujudkan alumni yang terbilang di mata dunia.

“Perlu ada kerjasama antara semua universiti untuk memacu entiti ini kehadapan dan USM sentiasa berbesar hati dengan segala sumbangan dan keringat yang diberikan oleh semua alumninya selama ini walau dimana mereka berada tanpa mengira penat lelah dalam mendepani cabaran yang kian sukar dekad ini,” katanya.

Sharifah Darweena juga berharap semua alumni ini akan terus menyumbang tanpa rasa jemu kepada pembangunan universiti tercinta ini dari segi ilmu pengetahuan mahupun kewangan.

Beliau juga memetik kata hikmat daripada Ben Sasse yang berbunyi An institution of higher education is a partnership among students and alumni, faculty and administration, donors, and more to build a community and a culture.

Sehingga kini, USM mempunyai lebih daripada 180 ribu alumni di seluruh dunia yang merangkumi 82 buah negara.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 695

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024