USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DARIPADA HAMPAS TEH KEPADA BISKUT ENAK

DSC 0493

PULAU PINANG, 28 Mei 2013 - Jika dulu serbuk teh yang telah digunakan hanya untuk baja tanaman, kini ianya digunakan untuk menghasilkan biskut yang berkhasiat,  rangup dan sedap. BISTEA mengandungi fiber yang tinggi serta nutrisi yang lengkap. Bagi yang tidak meminati minuman teh, seseorang itu boleh menggantikannya dengan makan tiga keping BISTEA bagi mendapatkan khasiat secawan teh.

BISTEA adalah hasil ciptaan ketua penyelidik Dr. Uthumporn Utra @ Sapina Abdullah daripada Pusat Pengajian Teknologi Industri. Beliau telah memenangi pingat emas di Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke 24 (ITEX 2013) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre awal Mei lalu.

DSC 0423

“Seseorang yang makan BISTEA berbanding biskut lain akan kenyang bagi tempoh dua kali ganda sekaligus mengurangkan pengambilan makanan lain yang kurang sihat. Oleh itu, ia amat sesuai bagi yang ingin menurunkan berat badan namun mendapat nutrisi yang mencukupi”, kata Sapina yang berasal dari Satun, Thailand.

Selain fiber, BISTEA mengandungi tenaga, karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang serta antioksida bagi penyerapan glukos dalam badan membuatkan ianya sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi setiap 100g, 20.5g adalah fiber yang mana kita hanya tahu terdapat di dalam makanan berasaskan bijiran.

“BISTEA ini menggunakan hampasan teh yang telah digunakan untuk membuat minuman. Ia bukan daripada kedai-kedai makan biasa namun daripada industri pemprosesan iaitu pengilang. Untuk setiap adunan BISTEA, sebanyak 10 peratus daripada adunan tepung adalah hampas teh. Ini bermakna, bagi setaip 1kg tepung, 100g adalah hampas teh yang diperlukan untuk  menghasilkan BISTEA,” kata Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman dalam sidang media khas memperkenalkan produk diadakan petang ini.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 2815

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024