USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DIRGAHAYU D.Y.M.M TUANKU CANSELOR - WARGA USM

PULAU PINANG, 17 Julai 2021 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini merafak sembah tahniah dan dirgahayu sempena Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Ampun Tuanku.

WhatsApp_Image_2021-07-17_at_09.11.31.jpeg

"Patik sekalian dan seluruh warga USM mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis panjang usia dalam kerahmatan Allah SWT," kata Naib Canselor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang juga Canselor USM.

Tambah Faisal Rafiq, USM sangat bertuah kerana mempunyai Canselor yang prihatin terhadap perkembangan pendidikan tinggi di USM dan sentiasa memberi sokongan serta titah untuk memastikan agar USM teruskan agenda pemacuan kejayaan dan kecemerlangan dalam era pandemik yang melanda kini.

"Patik sekalian warga USM akan terus mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua terus bersama-sama patik sekalian USM dalam tempoh ini dan memerintah negeri Perlis Indera Kayangan yang aman dan damai selamanya," katanya. 

Dirgahayu Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Gambar: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 773

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024