USM BAKAL ANJUR IBADAH QURBAN 1442H DENGAN PEMATUHAN SOP YANG KETAT
USM PULAU PINANG, 13 Julai 2021 - Dengan penuh kesyukuran, dimaklumkan bahawa penyertaan Program Ibadah Qurban 1442H/2021 peringkat Universiti Sains Malaysia (USM) telah ditutup secara rasminya pada kelmarin, 12 Julai 2021.
Demikian ujar Ahli Jawatankuasa Ibadah Qurban Pusat Islam USM, Ustaz Zayd Zhari yang menyifatkan pengendalian ibadah pada kali ini amat unik dan mencabar, berlainan dari tahun-tahun sebelumnya dan memerlukan perhatian dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pelaksanaannya.
Ibadah Qurban di Pusat Islam USM akan dijalankan pada ketetapan 20 Julai 2021 (Selasa) dan 23 Julai 2021 (Jumaat) dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di Anjung Qurban Pusat Islam USM Kampus Induk.
Katanya, kesemua peserta yang telah melengkapkan borang maklumat melalui link pendaftaran dalam talian akan menerima resit, kupon dalam talian dan butiran lain daripada pihak urusetia program melalui emel bermula 14 Julai 2021 (Rabu).
“Peserta qurban yang telah memilih untuk mengambil sebahagian daripada agihan daging qurban akan menerima resit dan kupon dalam talian melalui emel bermula 14 Julai 2021 (Rabu).
“Kupon daging agihan qurban sedekah akan diberikan kepada Pengerusi Surau Qaryah Masjid Al-Malik Khalid USM bermula 14 Julai 2021 (Rabu) dan ahli komuniti qaryah diminta untuk merujuk dengan pihak surau masing-masing,” tambahnya.
Agihan daging akan dibuat mengikut SOP yang ketat iaitu semua pihak berkenaan diminta untuk merujuk kepada tarikh dan waktu agihan daging qurban yang disertakan bersama-sama kupon dalam talian.
Baru-baru ini Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang telah menyediakan SOP Ibadah Qurban 1442H bagi Negeri Pulau Pinang.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 534