USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CHEST TAWARKAN MAKMAL RM8.6J UNTUK INDUSTRI

 usmkimia

PULAU PINANG, 23 Mei 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Standardisasi Herba (CHEST) menawarkan makmal kepada industri bagi menjalankan penyelidikan yang berasaskan herba. CHEST yang ditubuhkan dua tahun dahulu bekerjasama dengan Biotropics Malaysia Berhad adalah jambatan kepada akademik dan juga industri serta bagi menghasilkan penyelidikan yang bermutu tinggi.

Makmal tersebut yang dianggarkan mempunyai peralatan bernilai lebih RM8j terbahagi kepada Analytical Lab, Wet Lab, Extraction Lab dan juga Microscopy, Spectroscopy and Stability Room.  Semua makmal ini adalah terbuka kepada semua yang berminat menjalankan penyelidikan serta memastikan produk herba memenuhi standard yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.

“CHEST mempunyai peralatan dan servis yang lengkap bagi menjalankan penyelidikan berasaskan herba. Selain itu, saya mengambil peluang ini untuk menunjukkan peralatan, mesin dan juga teknologi yang dapat digunapakai untuk kepentingan semua,” jelas Pengarah Pusat Biologi Kimia (CCB), Prof. Alexander Chong Shu Chien yang juga bertanggungjawab kepada CHEST pada sesi pertemuan dengan rakan industri, "CHEST: Inspired by Nature, Driven by Expertise".

Majlis ini telah diadakan di perkarangan CHEST dengan dihadiri oleh lebih 70 orang staf dan juga 26 rakan industri termasuk Aning Resources Sdn. Bhd., B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd, Gano Excel Industries Sdn. Bhd. dan Halagel Plant (M) Sdn. Bhd.

Di antara peralatan yang ada di makmal ini adalah MALDI-TOF, Q-TOF, GC 4D, ASE, SFE, High Distillation Extractor, UV/VIS Spectrometer dan banyak lagi.

“Proses standardisasi sangat penting bagi memastikan kualiti herba yang dihasilkan adalah sama. Contohnya; jika kita makan sesuatu pil herba, pil tersebut harus memberikan kesan yang sama sepanjang masa,” kata Pengurus Kanan, Biotropics Malaysia Berhad, Annie George.

Semua jemputan dibawa melawat makmal selepas tamat sesi pengenalan dan latar belakang CHEST oleh Ketua Penolong Pendaftar, Izam Fairus Kamaruddin. Teks: Nor Rafizah Md Zain /Foto: Mohd Fairus Md Isa.

 

  • Created on .
  • Hits: 2353

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024