USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INSIDEN TERTUKAR BAYI: USM BERI AMARAN KEPADA PENYEBAR FITNAH DAN BERITA PALSU

PULAU PINANG, 28 Jun 2021 – Universiti Sains Malaysia (USM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebar berita palsu di media sosial sehingga menjejaskan imej dan reputasi universiti.

WhatsApp_Image_2021-06-28_at_16.41.26.jpg

Pihak Universiti memandang serius terhadap tuduhan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang dijalankan menerusi media sosial yang mendakwa pasangan kembar yang tertukar sejak bayi hampir 20 tahun yang lalu adalah disebabkan oleh kecuaian USM. Namun siasatan USM mendapati kelahiran tersebut tidak dikendalikan oleh pihak Universiti.

USM telah menyiasat tuduhan tersebut yang didapati tidak benar dan sedang mengkaji keperluan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti ia dilakukan dengan sengaja bagi memfitnah Universiti.

Pihak Universiti juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang mengeluar kenyataan sewenang-wenangnya apatah lagi menyebarkan berita palsu kerana ia bukan budaya Universiti ini.

Terdahulu, tular di laman sosial sejak semalam dakwaan kejadian pasangan kembar yang tertukar hampir 20 tahun yang lalu adalah disebabkan kecuaian petugas USM.

Namun begitu, USM terlibat secara langsung menjalankan ujian DNA yang membawa kepada pengesahan pertalian di antara kedua-duanya.

  • Created on .
  • Hits: 1178

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024