PICK: DUA LAGI PPV USM MULA BEROPERASI
PULAU PINANG - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) diberi tanggungjawab untuk menjadi salah sebuah lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ia juga selaras dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk sama-sama membantu PICK dalam menyediakan akses yang lebih banyak kepada rakyat untuk divaksin.
Selepas kejayaan pembukaan PPV dan PPV Khas (SPPV) (termasuk secara pandu lalu bagi kes-kes yang berkeperluan) di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan bermula Mac 2021 yang lalu, PICK di USM kini telah mula dijalankan di dua lagi lokasi di USM iaitu:
NAMA PPV | TARIKH OPERASI |
PPV DEWAN UTAMA PELAJAR (DEWAN PEPERIKSAAN), JALAN BUKIT GAMBIR, USM, GELUGOR, 11800 PULAU PINANG |
21 JUN 2021 |
PPV SAINS@BERTAM, JALAN BERTAM 2, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG |
21 JUN 2021 |
Operasi pemberian vaksin di USM melibatkan koordinasi menyeluruh bersama pihak-pihak yang terlibat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) pihak berkuasa tempatan, USM dan sebagainya bagi memastikan kelancaran proses vaksinasi kepada penerima.
USM juga bekerjasama rapat dengan PIC Negeri Pulau Pinang (Pegawai Daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara) untuk menyelaras pembekalan vaksin kepada kedua-dua PPV USM.
Penyelarasan terperinci ini amat penting untuk dilakukan dengan mengambil kira kapasiti maksimum penerima vaksin di kedua-dua PPV USM adalah sekitar 200 sehingga 1,000 orang sehari.
Operasi di PPV Dewan Utama Pelajar (Dewan Peperiksaan) dan PPV Sains@Bertam melibatkan beberapa kategori petugas iaitu petugas kesihatan, petugas operasi dan juga sukarelawan dalam kalangan bekas staf, staf dan pelajar USM.
USM turut membuat persediaan untuk mengguna pakai kaedah vaksin secara pandu lalu dan ia tertakluk kepada keperluan terhadap kes-kes tertentu sahaja.
Untuk fasa pertama ini, senarai penerima yang akan divaksin di USM adalah masyarakat/komuniti awam yang telah dijadualkan menerusi MySejahtera.
USM juga sentiasa bersedia untuk sama-sama membantu menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan profesional untuk memastikan hasrat kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dapat direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan dari KPT, MOSTI, KKM, Kerajaan Negeri dan kementerian serta agensi-agensi lain yang terlibat.
Sebarang pertanyaan atau susulan berkaitan Program Vaksinasi COVID-19 di PPV Dewan Utama Pelajar USM dan PPV Sains@Bertam, sila hubungi:
Hotline PPV USM | 04-6536788 | |
Hotline PPV SAINS@BERTAM> | 04-5622991 |
|
#LindungDiriLindungSemua #KitaMestiMenang
PROFESOR DR. MD ROSLAN HASHIM, Pengerusi Jawatankuasa Induk PPV@USM merangkap Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi, Universiti Sains Malaysia
[Kenyataan Media, 23 Jun 2021]
- Created on .
- Hits: 4267