USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM CEMERLANG DI PERPENA 2021

USM, PULAU PINANG, 14 Jun 2021 – Dua pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa apabila kedua-duanya menggondol hadiah Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Pengucapan Awam Piala Tun Mustapha (PERPENA 2021) antara institusi pengajian tinggi peringkat antarabangsa.

Pelajar daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Abdullah Bin Nudin telah berjaya merangkul Johan kategori Bahasa Melayu manakala Arief Ferdaus Bin Azmi daripada Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan pula merangkul Naib Johan kategori Bahasa Inggeris bagi pertandingan anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Alumni Parlimen Belia Malaysia.

 FB_IMG_1623641870615.jpg

FB_IMG_1623641874147.jpg

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelajar tersebut atas kejayaan yang membanggakan itu dan berharap lebih banyak kejayaan sebegitu dapat digapai oleh pelajar-pelajar USM kelak.

Sementara itu, Abdullah dan Arief pula menganggap kejayaan tersebut adalah rezeki dan penghormatan buat mereka untuk terus menyumbang kepada pembangunan mahasiswa yang lebih berkaliber dan juga matang dalam mendepani cabaran masa kini.

PERPENA merupakan pertandingan pengucapan awam yang mengumpulkan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang bertanding dalam memperkasa kemahiran dan kebolehan berucap di khalayak ramai dan pertandingan kali ini unik kerana dilakukan secara dalam talian akibat penularan pandemik COVID-19.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 944

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024