JADI WARGA WARGA GLOBAL KELAS PERTAMA - NC
PULAU PINANG, 18 Mei 2013 – Majlis Makan Malam Tahunan Pusat Pengajian Komunikasi “Malam Gala Komunikasi” berjaya menghimpunkan 200 orang alumni dan pelajar pengajian komunikasi USM termasuk mereka yang sedang mengikuti kursus Integrated Marketing Communication (IMC) di Kuala Lumpur.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar tahun tiga Pusat Pengajian Komunikasi.
Majlis makan malam yang bertemakan “The Golden Glam” ini dihadiri sama oleh Prof. Dato’ Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia dan isteri, Datin Noraizan Jamaludin, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dato' Susie See Ching Mey, Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Prof. Madya Jamilah Ahmad serta para pensyarah.
Dalam ucapannya, Omar meminta agar Menurut semua pelajar menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Komuniti ASEAN dalam konteks komunikasi supaya Pusat Pengajian Komunikasi boleh menjadi pemangkin kepada hubungan di peringkat Komuniti ASEAN.
"Dengan cara ini, kita dapat keluar dari pasaran konvensional dan menerokai yang lebih besar, bukan sahaja dalqm komuniti ASEAN malah juga dunia seluruhnya," tambah Omar.
Jelas Omar, USM berhasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri “first class global citizens” yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berupaya menghadapi apa jua cabaran dan keadaan dalam nilai-nilai sejagat untuk terus relevan pada masa yang akan datang.
Naib Canselor juga menyatakan harapannya agar alumni Komunikasi dapat bergerak aktif dan menyokong apa jua usaha pusat pengajian dan universiti apatah lagi membantu pelajar-pelajar yang sedia ada.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan oleh para pelajar dan juga staf yang meliputi persembahan tarian, nyanyian, dan juga sketsa diselang-seli dengan acara penyampaian anugerah dan sijil kepada para pelajar serta cabutan bertuah. Teks: Mu'azzah Ismail/Foto: Mohamad Danial Shahri
- Created on .
- Hits: 1524