PROFESOR MADYA DR. WAN FATMA ZUHARAH DILANTIK PENGARAH CTEF KPT
PULAU PINANG, 17 Mei 2021 – Akademia dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Wan Fatma Zuharah Wan Musthapa dilantik sebagai Pengarah Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF) untuk tempoh tiga tahun.
Pelantikan berkuatkuasa daripada 17 Mei 2021 hingga 16 Mei 2024 itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melalui satu surat rasmi baru-baru ini.
Dalam surat yang sama, Menteri Pengajian Tinggi turut mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan berharap agar Dr. Wan Fatma Zuharah dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada organisasi sekaligus menaikkan nama Malaysia dalam sektor pengajian tinggi di peringkat global.
Dalam pada itu, CTEF adalah satu badan kerjasama di antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Sekretariat Komanwel yang berpengkalan di London.
Kerjasama ini berperanan dalam memperkukuhkan hubungan jaringan pintar dalam kalangan negara-negara Komanwel, merangkumi hal berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan, perkongsian praktis amalanterbaik berkaitan pengajian tinggi dan sebagainya dalam kalangan negara-negara ahli.
Teks: Marziana Mohamed Alias/Infografik: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 2133