USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

REKOD 23 TAHUN DIPECAHKAH

 usmtut2

PULAU PINANG, 19 MEI 2013 – Soh Sing Siang memecahkan rekod 23 tahun yang dipegang R. Subramaniam bagi acara 800m kategori lelaki di Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM kali ke-39 baru-baru ini. Soh yang mewakili Desasiswa Fajar juga dipilih sebagai atlet lelaki terbaik dua tahun berturut-turut dengan menggondol dua emas iaitu bagi kategori 1500m dan juga 800m.

Atlit Wanita terbaik diberikan kepada Pok Wei Ling dari Desasiswa Murni yang menggondol emas bagi kategori 3000m jalan kaki dan perak bagi kategori 3000m. Beliau juga berjaya mencatat rekod baru iaitu bagi acara 3000m jalan kaki dalam tempoh masa 18.57.0s berbanding 18.43.8s oleh Vithiaa.

usmtut1 

TOT ke-39 yang mempertandingkan 45 acara olahraga dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama 130 sukarelawan USM dan dipengerusikan oleh Nur Basirah Abd Nasir.

“Temasya TOT kali ini telah memecahkan sebanyak 6 rekod baru termasuk 3 rekod bagi kategori veteran. Saya bagi pihak Jawatankuasa mengucapkan tahniah kepada semua atlit yang mewakil 21 kontinjen termasuk staf kerana bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang dengan bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan bagi menjayakan temasya ini,” kata Nur Basirah.

Majlis penutupan TOT telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman serta menyampaikan hadiah kepada atlit lelaki dan juga wanita terbaik.

“Pada masa ini, saya melihatkan pembangunan sukan yang sangat rancak di peringkat USM dan kebangsaan bagi semua samada staf atau pelajar. Dengan itu, Universiti berjaya mendapatkan RM10j untuk pembiayaan membina kompleks sukan tertutup bagi keperluan bola keranjang, futsal, bola jaring dan juga sepak takraw.

“Saya berharap pada tahun hadapan, sempena meraikan ulang tahun USM ke-45, Majlis Konvokesyen ke-50, penganjuran TOT kali ke-40 akan lebih meriah. Marilah sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat,” kata Omar.

usmtut3 

Acara penutupan turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Gabenor USM, Prof. Dato’ Rosihan M. Ali, isteri Naib Canselor, Datin Noraizan Jamaluddin, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan dan Masyarakat, Prof. Dato’ See Ching Mey, Timbalan Naib Canselor dan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Prof. Adnan Hussien.

Beberapa acara dan hadiah khas diberikan semasa upacara penutupan seperti di bawah:-

JOHAN PASUKAN TERBAIK (L)               

  -     DESASISWA INDAH KEMBARA

JOHAN PASUKAN TERBAIK (W)          

  -     DESASISWA NURANI

PERBARISAN TERBAIK                          

-      KONTINJEN DESASISWA INDAH KEMBARA

-          KONTINJEN DESASISWA TEKUN

-          KONTINJEN DESASISWA NURANI

FAIRPLAY                                          

   -      DESASISWA MURNI

KHEMAH TERBAIK                               

   -      DESASISWA FAJAR HARAPAN

-          DESASISWA TEKUN

-          DESASISWA AMAN DAMAI

KUMPULAN SORAK TERBAIK                 

     -      DESASISWA TEKUN

-          DESASISWA RESTU

-          DESASISWA SAUJANA

MASKOT MESRA                                   

 -      DESASISWA INDAH KEMBARA

-          DESASISWA TEKUN

-          DESASISWA JAYA

 

Teks: Nor Rafizah Md Zain/ Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

 

  • Created on .
  • Hits: 2760

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024