USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TANGGUH UPACARA KONVOKESYEN KE-58

Universiti Sains Malaysia (USM) memandang serius terhadap peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dalam negara kebelakangan ini serta mengambil maklum mengenai pengumuman kerajaan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuatkuasa 12 Mei hingga 7 Jun 2021. 

Sehubungan itu, setelah mengambil kira kesemua faktor risiko dan penilaian menyeluruh meliputi keselamatan dan kesejahteraan graduan khususnya, warga Universiti serta masyarakat amnya, dan setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Canselor USM, pihak Universiti telah membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN Upacara Konvokesyen Ke-58 USM yang dijadualkan pada 1 Jun 2021 dan 8 hingga 16 Jun 2021, sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak apabila keadaan mengizinkan.

WhatsApp_Image_2021-05-11_at_08.40.07.jpeg

Segala kesulitan yang berbangkit akibat daripada penangguhan ini terutamanya yang berkaitan dengan persiapan dan perancangan awal yang telah dilakukan oleh pihak graduan adalah amat dikesali.

Keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kesemua pihak terbabit, di samping pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam hal ini juga, pihak USM amat menghargai keprihatinan, kefahaman dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua pihak yang terbabit.

Marilah kita bersama-sama berdoa dan membantu memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 ini.

Para graduan diminta melayari laman web rasmi https://convo.usm.my/ dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung dengan Upacara Konvokesyen Ke-58 Universiti Sains Malaysia.

Terima kasih.

 

PROFESOR DR. FAISAL RAFIQ MAHAMD ADIKAN, FASc.

Naib Canselor

10 Mei 2021

  • Created on .
  • Hits: 1218

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024