USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM UCAP TAHNIAH, PULAU PINANG TERIMA TYT BAHARU

WhatsApp_Image_2021-05-01_at_10.45.23.jpeg

PULAU PINANG, 30 April 2021 - Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Tuan Yang Terutama (TYT) negeri Pulau Pinang yang baharu dilantik.

Terdahulu hari ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Negara.

Pelantikan Fuzi yang merupakan bekas diplomat itu berkuat kuasa pada 1 Mei sehingga tempoh penggal empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat mencurah bakti selama 20 tahun sebagai TYT.

Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Ahmad Fuzi.

Ahmad Fuzi, 72, merupakan seorang anak jati Pulau Pinang yang berasal dari Sungai Bakap. Beliau menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran seawal tahun 1972 dan pernah juga berkhidmat di pelbagai jawatan termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1598

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024