USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UPACARA KONVOKESYEN KE-58 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

WhatsApp_Image_2021-04-26_at_17.28.04_2.jpeg

USM PULAU PINANG, 26 April 2021 - Sukacita dimaklumkan DYMM Tuanku Raja Perlis selaku Canselor USM telah berkenan untuk Upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM) diadakan pada 1 Jun 2021 (Sidang 1) di Istana Arau, Perlis dan diikuti dengan sidang kedua hingga kesepuluh, bermula pada 8 Jun hingga 16 Jun 2021 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang.

Upacara Sidang 1 akan melibatkan penganugerahan kepada penerima Ijazah Kehormat, penerima gelaran Profesor Emeritus dan Emerita serta penerima Pingat Emas Canselor.

Upacara konvokesyen ini akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Untuk Sidang 2 hingga Sidang 10 di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari.

Pecahan sidang bagi keseluruhan Upacara Konvokesyen ke-58 USM (Sidang 2 – Sidang 10) akan diumumkan di saluran rasmi USM dalam masa terdekat.

  • Created on .
  • Hits: 996

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024