USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI KOMUNIKASI ANJUR MAJLIS PERTEMUAN

 KOMUNIKASI

PULAU PINANG 18 Mei 2013 – Majlis Pertemuan Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ berjaya menghimpunkan seramai hampir 100 orang alumni, pelajar dan staf. Majlis ini adalah anjuran Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) yang diadakan bersempena dengan  Program IMPACT bagi mengeratkan hubungan di antara pusat pengajian dengan industri media dan komuniti alumni.
 
Penubuhan alumni komunikasi telah diwujudkan bagi memberi satu medium kepada para alumni, pelajar dan staf untuk berkongsi idea dan memberi sumbangan sekaligus membantu pelajar yang sedia ada dan juga pihak Universiti.
 
“Alumni adalah seperti support system bagi sesebuah Universiti dan berharap dengan penubuhan ini, ia akan menjadi titik permulaan bagi para alumni untuk terus berhubung dengan alma mater,” kata Dekan PPK, Profesor Madya Jamilah Ahmad dalam ucapan aluan beliau.
 
Pensyarah PPK, Dr. Mahyuddin Ahmad dilantik sebagai Presiden bersama 14 lagi alumni menganggotai jawatankuasa alumni komunikasi.
 
“Saya akan cuba menggerakkan persatuan ini sebaik mungkin dengan bantuan dan sokongan daripada anda semua," ucap Mahyuddin.
 
Majlis diselang-seli dengan acara cabutan bertuah, indoor game dan talent shows yang melibatkan para alumni yang hadir secara spontan.  Teks/Foto: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal

 

  • Created on .
  • Hits: 1680

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024