USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

548 KADET PALAPES USM CATAT KEPUTUSAN AKADEMIK CEMERLANG, TERIMA SIJIL KOMANDAN

PULAU PINANG, 10 April 2021 - Seramai 548 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Sijil Komandan selepas berjaya memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.

WhatsApp_Image_2021-04-10_at_15.35.35_1.jpeg

Majlis penyampaian Sijil Komandan itu disempurnakan Naib Canselor merangkap Komandan PALAPES USM, Kol. (K) Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan kepada 17 wakil penerima iaitu dua orang Pegawai Latih (Darat), seorang pegawai wakil PALAPES Laut, dua Pegawai Muda, enam Pegawai Kadet Senior dan enam Pegawai Kadet Intermediate.

WhatsApp_Image_2021-04-10_at_15.35.35.jpg

Sijil Komandan merupakan salah satu inisiatif dan bentuk pengiktirafan kepada Pegawai Latih, Pegawai Muda dan Pegawai Kadet PALAPES USM yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pengajian akademik iaitu mendapat keputusan cemerlang dengan PNG 3.5 dan ke atas.

Hadir bersama ialah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin dan Timbalan Komandan PALAPES USM, Leftenan Kolonel Ts. Dr. Shahrizal Nazri.

WhatsApp_Image_2021-04-10_at_16.04.36.jpg

Majlis diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, di sini, dalam suasana sederhana dengan mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Turut diadakan pertandingan menembak antara tetamu kehormat dan enam orang wakil Pegawai Kadet Intermediate sebelum majlis penyampaian hadiah dan Sijil Komandan dijalankan.

WhatsApp_Image_2021-04-10_at_15.35.35_2.jpeg

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Ebrahim Abdul Manan & Shahnizam Ab Rahim 

  • Created on .
  • Hits: 1768

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024