USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROF. DATO’ DR. NARIMAH DILANTIK TNC AKADEMIK DAN ANTARABANGSA USM

PULAU PINANG, 6 April 2021 – Profesor Dato’ Dr. Narimah Samat, 53, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk tempoh tiga tahun mulai 5 April 2021 sehingga 4 April 2024 oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Beliau menggantikan Profesor Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Pelantikan itu turut menyaksikan beliau sebagai TNC wanita pertama memegang jawatan berkenaan.

WhatsApp_Image_2021-04-04_at_18.59.42.jpeg

Anak kelahiran Perlis yang juga Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan berkenaan mempunyai pengalaman luas dan tumpuan penyelidikannya adalah dalam bidang Geografi.

Narimah memperoleh ijazah pertama dari Universiti Texas, USA pada tahun 1990 dan menyambung Ijazah Sarjana di USM pada 1995. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di University of Leeds, United Kingdom pada 2002.

Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bermula Januari 2016 sehingga Disember 2018.

Narimah yang mempunyai pengalaman luas dan terlibat dalam pelbagai projek membabitkan bidang kepakarannya berkata, beliau akan cuba memberikan yang terbaik dalam memacu USM ke arah kecemerlangan terutama membabitkan hal ehwal akademik dan antarabangsa.

“Saya akan meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan terdahulu dan sentiasa mengalu-alukan sokongan serta libat sama dari semua pihak dalam merealisasikan impian menjadikan USM sebagai universiti terkemuka di dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam majlis serah-tugas yang dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di sini baru-baru ini.

WhatsApp_Image_2021-04-05_at_10.05.07.jpeg

Majlis serba ringkas berkenaan turut dihadiri oleh semua TNC USM, Pendaftar dan barisan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU).

WhatsApp_Image_2021-04-05_at_10.01.08.jpg

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 2742

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024