USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEMENANGAN 100% DI MTE 2021, USM TERUS CEMERLANG RAIH 5 EMAS, 4 PERAK DAN 2 ANUGERAH KHAS

PULAU PINANG, 28 Mac 2021 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus menampilkan kecemerlangan inovasi dan penyelidikan apabila sekali lagi melakarkan kemenangan bermakna 100 peratus dengan merangkul  5 emas, 4 perak dan 2 Anugerah Khas di Pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2021.

ffb06e92 0b7c 4d53 9f84 20a1f1a1f182

Lima emas yang berjaya diraih USM adalah melalui Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan, Profesor Madya Dr. Balamurugan Tangiisuran, Profesor Madya Ir. Dr. Leo Choe Peng, Dr. Raa Khimi Shuib dan Dr. Nur Karyatee Kassim.

Manakala perak pula menjadi milik empat penyelidik muda USM, Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar, Dr. Rabiatul Basria S. M. N. Mydin, Dr. Nor Asniza Ishak dan Dr. Jong Hui Ying.

Dua Anugerah Khas turut disandang oleh Dr. Raa Khimi Shuib bagi kategori “Best Award Winner: Aviation and Transportation” dan Profesor Madya Dr. Balamurugan Tangiisuran untuk “Special Award - Japan Intellectual Property Association (JIPA),” menjadikan kemenangan berganda buat mereka berdua.

Ini sekaligus mengekalkan rekod pencapaian 100 peratus USM pada pungutan pingat keseluruhan seperti yang dirangkul pada tahun lalu.

Pertandingan pada tahun ini dianjurkan berbeza dengan tahun sebelumnya kerana pandemik wabak COVID-19, memperlihatkan penganjuran secara dalam talian dengan para penyelidik terlibat perlu menghantar video bagi menunjuk dan menjelaskan penemuan inovasi mereka sebelum dinilai oleh para juri.

Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan, USM selaku ketua delegasi penyelidik USM di MTE 2021, Profesor Ts. Dr. Hanafi Ismail berkata kejayaan ini menunjukkan potensi USM yang saban tahun sentiasa melahirkan penyelidik-penyelidik muda berkualiti tinggi bagi pembangunan penyelidikan di negara ini.

"Walaupun kita masih berdepan wabak pandemik COVID-19, ia tidak menghalang penyelidik-penyelidik USM meneruskan legasi kecemerlangan pada MTE 2021 dan mengekalkan momentum seperti tahun-tahun lalu melalui kemenangan 100 peratus," katanya.

Jelas Hanafi lagi, ini merupakan perkembangan yang baik untuk masa hadapan USM sebagai universiti penyelidikan di Malaysia yang sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti untuk kelestarian inovasi negara," jelasnya.

fa05a046 ee99 427b b27f fa37a28ba09e

Pada masa yang sama, beliau berkata satu daripada produk yang dipertandingkan pada tahun ini telah dikomersialkan iaitu produk daripada Prof. Madya Dr. Balamurugan Tangiisuran: “Mytoxdata System - Malaysian Toxicological Database” manakala empat lagi produk daripada Dr. Nur Karyatee Kassim: “FACE UP 2.0”, Prof. Ir. Dr. Srimala Sreekantan: “Biomer”, Dr. Nor Asniza Ishak: “Psycho-B'Great” dan Dr. Raa Khimi Shuib: “Self-healing Tyre” telah melalui proses perlesenan dan kini sedang diusahakan bersama USAINS bagi fasa pengkomersilan.

Majlis perasmian MTE 2021 ini telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, dan majlis penutup pula disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

MTE 2021 memperlihatkan penyertaan dari 16 universiti awam, 10 universiti swasta termasuk pelbagai agensi dan Institusi Penyelidikan dari lebih 15 buah negara.

Penjurian telah dilaksanakan oleh juri-juri yang dilantik daripada pelbagai bidang termasuk industri, universiti dalam dan luar negara, institusi penyelidikan, badan-badan korporat dll., bermula pada 10 sehingga 14 Mac 2021 melalui penilaian video yang telah dihantar oleh para peserta pertandingan.

Senarai penuh pencapaian penyelidik-penyelidik USM pada MTE 2021 – The International Expo on Innovation and Technology:

ANUGERAH TERBAIK

Dr. Raa Khimi Shuib; Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral; Kategori: Aviation and Transportation; Produk: Puncture Proof Self-Healing Tyre

ANUGERAH KHAS

Prof. Madya Dr. Balamurugan Tangiisuran; Pusat Pengajian Sains Farmasi; Kategori: Japan Intellectual Property Association (JIPA); Produk: Mytoxdata System - Malaysian Toxicological Database

PINGAT EMAS

Prof. Ir. Dr. Srimala Sreekantan; Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral; Produk: Biomer - A New Generation Argo Base Biodegradable Polymer To Combat White Pollution

Prof. Madya Dr. Balamurugan Tangiisuran; Pusat Pengajian Sains Farmasi; Produk: Mytoxdata System - Malaysian Toxicological Database

Prof. Madya Ir. Dr. Leo Choe Peng; Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia; Produk: Lignomembrane For Urban Water Reuse

Dr. Raa Khimi Shuib; Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral; Produk: Proof Self-Healing Tyre

Dr. Nur Karyatee Kassim; Pusat Pengajian Sains Pergigian; Produk: Facial Care Electrotherapy Mask (Face’s Up Version 2.0)

PINGAT PERAK

Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar; Pusat Pengajian Teknologi Industri; Produk: BIOREFSID - Smart Intruder Detector With Internet Of Things (IOT) Application Powered By Electricity Generation From Microbial Fuel Cell Using Household Waste

Dr. Rabiatul Basria S. M. N. Mydin; Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT); Produk: NanoParade-Dental

Dr. Nor Asniza Ishak; Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan; Produk: Psycho-B'Great

Dr. Jong Hui Ying; Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan; Produk: Repetition Test As A Screening Tool For The Children With Specific Language Impairment

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Infografik: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 1304

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024