USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CARA MUDAH BELAJAR SAMBIL BEKERJA DI SAMPING PANDEMIK 

WhatsApp_Image_2021-01-13_at_19.48.19.jpeg

Permohonan untuk mengikuti pengajian pendidikan jarak jauh masih dibuka sehingga 13 April 2021. 

USM PULAU PINANG, 11 Mac 2021 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) menyediakan platform mudah untuk belajar tanpa perlu mengorbankan bidang pekerjaan. 

PPPJJ USM mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam menawarkan kursus secara dalam talian dan menjadi pilihan pertama pekerja, surirumah dan warga emas untuk meningkatkan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.  

Program yang ditawarkan sememangnya telah menjadi pilihan utama golongan tersebut sejak ia diwujudkan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta membuka peluang untuk kenaikan pangkat. 

Pengajian secara jarak jauh dan dalam talian membolehkan pelajar untuk belajar tanpa perlu ke universiti dan sangat bersesuaian bagi para pekerja untuk belajar secara sambilan dan memperolehi ijazah yang setanding dengan ijazah penuh masa yang ditawarkan.  

PPPJJ USM menawarkan empat kursus utama iaitu:-   

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan: Pengkhususan utama ialah bidang Kewangan, Organisasi atau Pemasaran. 

Ijazah Sarjana Muda Sains: Pengkhususan utama ialah bidang Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik.  

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan: Pengkhususan utama ialah bidang Ekonomi, Sains Politik atau Antropologi-Sosiologi. 

Ijazah Sarjana Muda Sastera: Pengkhususan utama ialah bidang Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi. 

Di samping itu, para pelajar boleh memilih bidang minor untuk pengajian dalam bidang-bidang lain yang ditawarkan. 

Sehubungan itu, USM menyeru semua individu yang ingin mempertingkatkan dirinya untuk merebut peluang ini serta membuat pilihan yang tepat. Permohonan adalah dibuka sehingga 13 April 2021. 

Untuk maklumat lanjut serta syarat kemasukan, sila layari https://pohon.usm.my . 

Teks: Nor Rafizah Haji Md Zain 

  • Created on .
  • Hits: 5291

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024