USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BENGKEL SMART ZAKAT: KAYA HARTA, KAYA JIWA

 

WhatsApp_Image_2021-02-18_at_16.31.31.jpg

USM PULAU PINANG, 17 Februari 2021 - Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Korporat, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dengan usahasama Zakat Pulau Pinang dan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melancarkan Bengkel Smart Zakat: Kaya Harta, Kaya Jiwa hari ini.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Tuan Haji Amran Hazali, sekaligus menjayakan penyerahan sumbangan pendingin hawa kepada Tadika Islam danKAFA Pusat Islam USM.

Turut hadir bersama, Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, merasmikan secara simbolik Penyerahan Komputer Riba Zakat Pelajar Asnaf B40 USM yang menyasarkan 100 unit komputer riba kepada pelajar-pelajar yang layak menerima.

150541562_3837260023001669_331990684202096580_n.jpg

Majlis perasmian yang diadakan di Dewan Muzakarah Pusat Islam, berlangsung secara sederhana dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat disaksikan peserta-peserta bengkel secara dalam talian.

149841268_3837260029668335_2910455286383694710_n.jpg

Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Hj. Mohammad Shukri Osman merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan yang hadir dan mendoakan supaya bengkel itu dapat diterjemahkan kepada modul yang bermanfaat kepada seluruh warga Universiti.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan ke akaun berikut:

Nama Bank : CIMB Bank; Nama Akaun : Universiti Sains Malaysia, Nombor Akaun : 9898-6101-111531

Dalam perkembangan lain yang berkaitan, Pusat Islam turut melaporkan bagi tahun 2020, jumlah keseluruhan kutipan zakat korporat USM ialah RM494,486.15 (terimaan individu RM24,723.00 dan terimaan swasta RM 469,763.15).

Daripada jumlah kutipan tersebut, sejumlah RM258,557.78 telah diagihkan kepada pelbagai golongan sasar seperti berikut:

  • Bantuan zakat pelajar dalam negara - RM25,980.22
  • Bantuan zakat pelajar luar negara - RM20,980.56
  • Bantuan zakat staf USM: B40 (B1) - RM37,500.00
  • Bantuan zakat tabung COVID-19 USM - RM50,000.00
  • Bantuan zakat kepada qaryah masjid USM - RM17,150.00
  • Sumbangan pelajar ekoran COVID-19 - RM107,800.00

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Pusat Islam USM/Infografik: Ebrahim Abdul Manan  

  • Created on .
  • Hits: 680

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024