USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INISIATIF BANTUAN SUSU DHA RINGANKAN BEBAN KEWANGAN STAF B10/ B20/B40 USM

USM PULAU PINANG, 11 Februari 2021 – Universiti Sains Malaysia (USM) buat julung kalinya akan melancarkan program bantuan susu (nutrisi) DHA kepada anak-anak staf bagi staf yang berada dalam kategori B10, B20 dan B40.

WhatsApp_Image_2021-02-15_at_07.19.27.jpeg

Program tersebut yang dijangka bermula awal atau pertengahan tahun ini akan memberi manfaat kepada hampir 2,500 staf USM yang layak. 

Program berkenaan merupakan salah satu daripada 12 inisiatif baharu yang diikhtiarkan Naib Canselor dan pengurusan tinggi USM dalam memperkasakan usaha Pengurusan Bakat dan Kesejahteraan Staf bagi tahun 2021 melibatkan peruntukan bajet khas universiti.

Jabatan Pendaftar dan Pusat Sejahtera USM dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan melaksanakan program tersebut dan akan dibantu oleh beberapa PTJ lain.

Menurut Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid, program tersebut bertujuan menggalakkan tabiat meminum susu dari awal usia secara berterusan dalam kalangan anak-anak staf yang dapat membantu dalam proses tumbesaran fizikal dan mental mereka, sekaligus membolehkan mereka membesar dengan sihat dan kuat.

“Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meringankan beban kewangan staf kategori B10/B20/B40 yang kurang berkemampuan untuk menyediakan makanan tambahan susu DHA yang berkhasiat bagi anak-anak mereka,” katanya, dalam temubual bersama pihak MPRC melalui emel baru-baru ini.

Jelas Dr. Normala lagi, walaupun program ini pertama kali dijalankan, beliau yakin jumlah yang diperuntukkan untuk program ini dapat dibelanjakan dengan baik dan mencapai matlamatnya sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan staf dan keluarga mereka.

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf (pelajar praktikal MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 998

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024