USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROF. AMIRUL DILANTIK AHLI LEMBAGA PENGARAH SEAMEO BIOTROP

USM, PULAU PINANG, 18 Januari 2021 - Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara atau Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) sejak tahun 1965.

Demikian ujar Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah yang menyatakan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan itu adalah bertujuan bagi meningkatkan kerjasama bersama antara negara terlibat. 

WhatsApp_Image_2021-01-15_at_18.51.14.jpeg

Amirul menjadi kebanggaan buat USM apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pusat Serantau (SEAMEO BIOTROP) oleh Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Radzi Md Jidin bagi mewakili Kerajaan Malaysia.

“Pelantikan ini bermula 26 Ogos 2020 sehingga 25 Ogos 2023 dan adalah untuk menggantikan Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang telah bersara daripada menduduki lantikan ini,” jelasnya. 

Tambahnya, SEAMEO kini dianggotai oleh 11 negara anggota iaitu Brunei Darussalam, Cambodia, Filipina, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. 

Terdapat 26 buah Pusat Serantau SEAMEO yang berperanan untuk menjalankan latihan dan program penyelidikan dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara. Salah satu Pusat Serantau SEAMEO ialah SEAMEO BIOTROP (Regional Centre for Tropical Biology) yang berpusat di Bogor, Indonesia. 

Seluruh warga USM mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan berharap ia akan menjadi satu pemangkin buat semua warganya untuk terus berkhidmat dan menyumbang kepada aspek kepimpinan peringkat nasional dan antarabangsa.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1228

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024