USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SALUR BANTUAN KEPADA PELAJAR MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR

PULAU PINANG, 29 Disember 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) menyampaikan sumbangan Kit Maidaturrahman iaitu barangan keperluan harian kepada 100 pelajar yang terkesan akibat bencana banjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, baru-baru ini.

WhatsApp_Image_2020-12-30_at_12.38.40.jpeg

Bantuan keseluruhan berjumlah RM5,000 yang diserahkan itu hasil sumbangan orang ramai dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM Profesor Dr. Aldrin Abdullah.

Penasihat 2 Himpunan Anak-anak Kelantan (HAAK) USM, Zulkifli Che Hussin berkata, misi penghantaran bantuan itu turut membabitkan sukarelawan dari persatuan anak negeri iaitu Persatuan Darul Makmur (PERDAMA), Himpunan Anak-anak Kelantan (HAAK) dan Perkumpulan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA).

WhatsApp_Image_2020-12-30_at_12.39.18.jpeg

Menurutnya, sumbangan di Kelantan diserahkan sendiri oleh Penasihat 1 HAAK, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein manakala di Terengganu dan Pahang diserahkan wakil persatuan anak negeri masing-masing. Hadir sama pada majlis sumbangan tersebut ialah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM iaitu Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

”Diharap sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban yang ditanggung pelajar yang berhadapan dengan bencana banjir ini.

“Dalam setiap Kit Maidaturrahman yang disediakan oleh Pusat Islam USM ini terdapat barangan keperluan harian seperti beras, gula, sos, minyak masak, garam dan kopi,” katanya.

 Zulkifli, yang juga ketua operasi Nerve Centre USM (pusat gerakan operasi pengurusan wabak COVID-19 USM) berkata, selain sumbangan kepada pelajar yang terbabit dengan bencana banjir, USM turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar dan kakitangan di negeri ini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

WhatsApp_Image_2020-12-30_at_12.38.44_2.jpeg

 

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf (pelajar intern MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 883

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024