USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BLUES 70-an HIBURKAN ALUMNI USM

 usmalumnee

SELANGOR, 28 April 2013 - Seramai lebih 200 orang alumni berkumpul memeriahkan An Evening with Tabula Rasa & Friends yang telah diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Alumni Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor dan Brown Black Blues.

Program ini diadakan bertujuan untuk  berhibur dan beramah mesra dengan rakan-rakan alumni secara santai. Buat pertama kalinya , program alumni diadakan tanpa ucapan daripada mana - mana pihak.  Para alumni dikejutkan dengan persembahan daripada The Dazzlers, kumpulan kanak-kanak berumur 9-12 tahun.

Tabula Rasa adalah kumpulan muzik yang paling lama bertahan di universiti dan masih aktif sehingga kini menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu Inggeris dan Melayu. Antaranya Black Magic Woman, Widuri dan Nursery Rhymes yang telah diubahsuai rentak ke irama blues.  Pemuzik Tabula Rasa adalah di kalangan alumni 70-an, termasuk Y. Bhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara.

Program dimeriahkan lagi dengan pemberian cabutan bertuah yang diadakan berselang-seli dengan persembahan. Hadiah-hadiah seperti kain sutera, gitar elektrik dan iPad mini ditaja oleh para alumni.

Antara yang terlibat menjayakan program ini adalah Y. Bhg. Datin Huzaimah Mohd Yusoff, Jenny Tan, Zaini Rahmat, Ahmad Ghazali Kassim, Hamdan Omar, rakan-rakan alumni KL & Selangor dan Brown Black Blues. Sekali lagi semangat setiakawan kumpulan alumni tahun 70-an ini telah bekerjasama untuk menganjurkan program ini untuk mengeratkan jaringan antara alumni demi kecintaan mereka kepada Universiti. Teks/Foto: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal 

   

  • Created on .
  • Hits: 1569

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024