USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BPMB SUMBANG USM RM250,000 UNTUK BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR B40

USM, PULAU PINANG, 18 Disember 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menerima sumbangan pendidikan sebanyak RM250,000 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

BPMB-LOGO-e1592490274230.jpg

USM yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zayd Zhari hadir melalui sesi maya bagi menerima sumbangan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail, sumbangan ini untuk menaik taraf mutu kehidupan mahasiswa yang memerlukan.

“Sumbangan pendidikan ini bertujuan memastikan para mahasiswa yang memerlukan dapat terus kekal fokus dalam aspek pembelajaran dan secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 terutamanya golongan B40,” jelasnya.

Selain USM, terdapat tujuh lagi universiti awam menerima sumbangan yang berjumlah sebanyak RM2 juta ini dalam majlis penyerahan secara maya kepada pegawai dan pengurusan kanan universiti terlibat.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 724

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024