USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TINDAK BALAS “JAGA-DAN-KAWAN” KEPADA COVID-19

From the Psychologist’s Desk

covid_1.jpg

https://www.usm.my/index.php/covid19/coping-and-thriving-during-covid-19#from-the-psychologist-s-desk

Tiada yang normal mengenai pandemik COVID-19, terutamanya apabila ia berkait dengan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan bekerja dari rumah.

Dalam situasi ini, kita melakukan sesuatu dengan cara yang sangat berbeza, cuba menyesuaikan diri dengan semua perubahan dan cabaran.

Semua orang menghadapi perjuangan yang berbeza. Namun setiap satu sama sukarnya dan boleh menjadi sesuatu yang menakutkan.

Ahli psikologi bercakap tentang dua jenis tindak balas kepada stres. “Lawan-atau-lari” atau “jaga-dan-kawan”.

“Lawan-atau-lari” adalah pendekatan bersemuka dengan masalah di mana semua tenaga terarah untuk melawan (atau melarikan diri) daripada ancaman.

Tindak balas “lawan-atau-lari” boleh membantu anda berjuang untuk tempoh yang pendek, manakala “jaga-dan-kawan” menyediakan anda untuk pertempuran yang panjang.

“Jaga-dan-kawan” dikaitkan dengan tingkah laku menjaga diri sendiri dan orang lain semasa situasi stres.

Apabila sesuatu bencana berlaku, inilah masanya untuk menjaga diri sendiri, memastikan anda makan dan tidur dengan cukup.  

Inilah juga merupakan masa untuk memperluas sokongan dan keprihatinan kita kepada orang di sekeliling dengan menjadi lebih baik dan penuh belas kasihan. 

Kebaikan dan rasa belas kasihan yang sama perlu diaplikasikan kepada situasi pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan bekerja dari rumah.

Satu caranya ialah dengan mengambil pendekatan fleksibiliti belas kasihan.  

Mengambil pendekatan fleksibiliti belas kasihan, peraturan dan jangkaan boleh dilonggarkan sedikit dan keutamaan diberikan kepada memberi sokongan dan memastikan kesejahteraan.

Ianya semudah bertanya tentang keadaan seseorang sebelum membincangkan kerja/matlamat untuk hari itu.

Ia juga bermakna membenarkan masa tambahan untuk seseorang menyelesaikan kerja mereka, sekiranya perlu.

Fleksibiliti belas kasihan tidak akan membuat seseorang malas atau tidak berusaha. Malahan, ianya akan membuatkan seseorang berasa dihargai justeru menjadi lebih komited untuk menyelesaikan tugas mereka.

Sumber/Rujukan:

https://www.psychologytoday.com/us/blog/vitality/202003/our-brains-coronavirus

https://cfch.com.au/2020/10/10/activate-your-tend-and-befriend-response-world-mental-health-day-2020/

https://www.apa.org/ed/precollege/psychology-teacher-network/introductory-psychology/compassionate-flexibility

  • Created on .
  • Hits: 1114

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024