USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GRADUAN SULUNG KOLABORASI UNIK USM-INDUSTRI DIRAI

usmsain1

PULAU PINANG, 29 Apr.2013 – Kira-kira 32 graduan sulung hasil kolaborasi unik gabungan industri-universiti-kerajaan yang terdiri dari kalangan para jurutera industri dirai dalam satu majlis khas di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, daripada jumlah tersebut, 19 daripadanya adalah graduan Sarjana Sains Electronic Systems Design Engineering (MSc ESDE) manakala bakinya adalah graduan Northern Corridor Analogue and Digital Design (NCADD).

Katanya, kedua-dua program tersebut diperkenalkan sejak tiga tahun yang lalu, bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan dalam membentuk satu model kolaborasi yang dapat meningkatkan pembangunan kapasiti untuk kepentingan negara.

``Program sarjana industri ini adalah cetusan idea dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan melalui hubungan baik USM bersama pihak industri, satu modeliti unik kini telah diperkenalkan untuk menyokong usaha membangunkan kapasiti bidang-bidang kritikal di bah sector tertentu.

``Kita berharap agar usaha yang dibangunkan yang mengkhusus kepada bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik ini dapat mencetuskan impak yang tinggi kepada industri, selain berpotensi dikembangkan dengan lebih menyeluruh,’’ ujar beliau.

usmsain2

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas selepas majlis meraikan graduan serentak penandatanganan memorandum perjanjian/persefahaman (MoA/MoU) di antara USM melalui anak syarikatnya, USAINS Infotech Sdn. Bhd (UISB) dengan MIMOS Berhad dan Symmid Corporation Sd. Bhd.

Tambah Omar, kolaborasi unik tersebut dijalin dengan rakan strategik yang telah lama membangun bersama USM termasuk Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Intel, Agilent, Alterra dan Motorola.

Tambah beliau, USM sentiasa komited dalam menjalin kerjasama pintar seumpama itu dan berharap model yang dibangunkan dapat menghasilkan sekurang-kurang 30 hingga 50 sarjana setiap tahun dalam menyokong usaha memacu bidang pengajian tinggi untuk terus relevan dan berdaya saing.

Ketua Eksekutif NCIA, Dato’ Redza Rafiq pula berkata, tahun 2013 menyaksikan permulaan fasa 2 Koridor Utara dan untuk menggiatkan segala usaha ke peringkat seterusnya, kerjasama kukuh dibangunkan dengan rakan strategik seperti Pusat Kecemerlangan Elektrik dan Elektronik.

usmsain3

``Inisatif tersebut bukan sekadar untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan modal insan, sebaliknya berperanan untuk terus meluaskan daya tarikan Koridor Utara sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi tinggi dan menguntungkan,’’ ujarnya.

Turut dimuatkan dalam majlis tersebut adalah penganugerahan pingat emas kepada graduan terbaik yang dinobatkan kepada jurutera dari Agilent,  Loong Keng Fai.

 

 

 

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1782

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024