USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM KEKAL KEJUARAAN DALAM MIROC 2013

usmmiroc1

PULAU PINANG, 29 Apr.2013 – Pasukan Robotic Club, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan prestasi dan merangkul kejuaraan dalam Malaysia International Robotic Competition (Miroc) 2013 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baru-baru ini.

Penasihat Pasukan merangkap pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Dr. Elmi Abu Bakar berkata, USM berupaya mengekalkan penguasaan pembinaan robot untuk kategori Rope Climbing dua tahun berturut-turut sejak menyertai Miroc tiga tahun lalu.

Katanya, kejayaan merangkul gelaran 1st Runner Up membolehkan pasukan USM Robotic Club membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2,000, selain turut mendapat pujian langsung dari pihak juri pada hari pertandingan.

`USM menonjolkan prestasi mengagumkan dari segi keupayaan dan kelajuan robot, kerana muncul antara yang terbaik dari semua peserta setelah berjaya menyelesaikan climbing task dalam tempoh 53 saat berbanding 3 minit masa yang diberi.

``Dari segi teknikal pula, pasukan USM hanya berjaya meraih tempat kedua di belakang Universiti Teknologi Mara, dengan kekalahan tipis dua mata,’’ ujarnya.

usmmiroc2

Tambah beliau, satu lagi pasukan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM turut membuat penampilan pada pertandingan kali ini namun hanya berjaya bersaing di peringkat round robin daripada 18 pasukan yang bertanding.

``Kita gembira dengan semangat dan komitmen pelajar dalam menjayakan pertandingan ini dan berpendapat azam pelajar USM untuk terus mendalami teknik dan strategi pembuatan robot yang baik tidak pernah luntur,’’ ujarnya.

Secara keseluruhanya USM turut memperolehi medal untuk dua kategori poster yang dipertandingkan.



 

 


 

  • Created on .
  • Hits: 1604

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024