USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SUMBANG KIT MAIDAH RAHMAN BUAT ASNAF QARYAH MASJID AL-MALIK KHALID

kk

PULAU PINANG, 11 November 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus melaksanakan aktiviti amal buat komuniti sekitarnya dengan menghulurkan bantuan kit Maidah Rahman kepada golongan memerlukan yang terkesan akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuatkuasa di negara kini.

WhatsApp_Image_2020-11-14_at_18.04.01.jpeg

Sumbangan terkini oleh Pusat Islam USM ialah pada 9 November lalu di Surau Blok T, Hamna, Sungai Dua, melibatkan sejumlah 30 orang keluarga asnaf qaryah Masjid Al-Malik Khalid Pusat Islam, USM yang terpilih dan dikenalpasti terkesan dengan situasi masa kini.

Menurut Pengarah Pusat Islam USM, Tuan Haji Ustaz Mohammad Shukri Osman, umum mengetahui dalam situasi tidak menentu ini, Pusat Islam sentiasa mengambil tahu dan mengenalpasti golongan-golongan yang dalam kesempitan akibat wabak COVID-19 untuk disalurkan bantuan terutamanya dalam bentuk barang keperluan.

“Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu mereka yang terkesan iaitu berbentuk kit Maidah Rahman mengandungi pelbagai barangan keperluan asas hanya serendah RM55.00 bagi setiap kit,” katanya lagi.

Tambah Ustaz Shukri, kit tersebut mengandungi bahan-bahan keperluan asas iaitu beras, minyak, gula, garam, kicap, sos dan kopi daripada produk tempatan yang terjamin, halal dan berkualiti.

“Semestinya bekalan masakan asas yang kita sumbangkan itu cukup untuk seisi keluarga, apatah lagi bungkusan kit tersebut amat cantik, utuh, dan senang dibawa ke mana-mana,” kata beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat warga kampus dan masyarakat sekeliling yang banyak menyokong usaha ini selama ini dengan menyumbang dana untuk kit tersebut bagi disumbangkan kepada golongan memerlukan.

Kata beliau, kit Maidah Rahman juga boleh dibeli oleh orang ramai untuk disumbangkan sendiri kepada mereka yang dirasakan dalam kesempitan dan terkesan dengan keadaan masa kini.

Cara pembelian boleh disalurkan kepada Jawatankuasa Masjid Al-Malik Khalid USM melalui transaksi dalam talian:

Nama Bank: Bank Muamalat;  No Akaun: 07020000278718;  Rujukan: Kit Maidah Rahman

Bagi yang ingin menyumbang sendiri, boleh menghubungi Ustazah Iman Md Yusof di talian 04-653 3093/04-6533753/04-653 3910 untuk serahkan bukti transaksi dalam talian.

Jika pembelian dalam kuantiti yang banyak, mohon maklumkan lebih awal untuk penyediaan kit oleh pengurusan jawatankuasa masjid.

Untuk maklumat terkiniPusat Islam, orang ramai boleh terus melayari sumber info seperti di bawah:

Telegram: https://bit.ly/2P4xbnk

FB: https://bit.ly/2JurafQ

IG: https://bit.ly/3315b8o

YouTube: https://bit.ly/2Ju50dS

Sumber: FB Pusat Islam USM/Suntingan: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Ihsan dari Pusat Islam USM

  • Created on .
  • Hits: 1095

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024